TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, April 30, 2020

COVID-19; Terkini 29 April 2020


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 55 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,087 kes (­­­­­68.75 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 29 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 94 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,945 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,758 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan bahawa daripada 94 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 72 kes adalah kes import melibatkan warganegara dan pelajar Malaysia yang pulang daripada Indonesia. Ini bermakna, kes penularan tempatan (local transmission) adalah 22 kes sahaja.

Sehingga kini, seramai 40 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 18 kes memerlukan bantuan pernafasan.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock