Negeri New York di Amerika Syarikat dengan jumlah penduduk 19.5 juta orang adalah antara lokasi paling terkesan dalam krisis Covid dunia.
Setakat semalam, satu pertiga dari setiap saringan yang dibuat telah didapati positif Covid.
Seramai 233,951 orang telah disahkan positif setelah negeri itu membuat 573,223 ujian.
Setakat ini, 17,131 penduduk New York telah terkorban.
Ini bermaksud satu orang dari setiap 84 penduduk New York sudah didapati positif Covid di mana seorang dari setiap 1,200 penduduk telah meninggal dunia.
Sebagai bandingan, jika kita gunakan nisbah New York ini ke atas jumlah kapasiti 87,000 stadium Bukit Jalil:
- seramai 1,044 penonton didapati positif Covid; dan
- 74 orang telah meninggal dunia.
Jika nisbah di New York itu digunakan ke atas jumlah penduduk 32 juta Malaysia pula:
- 384,000 penduduk Malaysia positif Covid; dengan
- 28,800 kematian.
Nisbah di New York ini masih meningkat setiap hari.
Angka-angka yang amat seram.
Sebab itu, Malaysia perlu terus melawan Covid dengan setegas-tegasnya.
No comments:
Post a Comment