TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, April 11, 2020

COVID 19: Sayur dibuang di Cameron Highlands?

Sejak semalam, saya mendapat beberapa pertanyaan daripada rakan-rakan dan juga sering ditag dalam facebook berkaitan dengan isu sayur terpaksa dibuang oleh petani di Cameron Highlands sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Isu ini disiarkan oleh Buletin Utama TV3 beberapa hari yang lalu. 

Netizen memberikan banyak response yang marah kerana ia dibuang sebegitu sahaja tanpa ada yang ingin mendermakan kepada pihak yang lebih memerlukan. 



Saya akan cuba berkongsikan jawapan saya berdasarkan apa yang saya nampak dan alami sendiri. Bukan jawapan rasmi mana-mana pihak. 

Antara soalan yang diajukan kepada saya seperti berikut;


1. Benarkah sayur dibuang di Cameron Highlands?

  • Ya ada. Memang ada dibuang di Cameron Highlands cuma adakah jumlah sehingga 50 tan setiap hari  seperti yang dinyatakan?
  • Tiada pengesahan data sebenar dan perincian jenis sayur yang terlibat. Jadi susah nak cakap betul ke tidak jumlah tersebut. 
  • Dalam satu laporan portal ada menyatakan beratus-ratus tan sayur dibuang setiap hari. Lagi panas la netizen kalau membaca portal-portal ini, yang 50 tan ini pun dah membahang panasnya. 
  • Laporan TV3 semalam juga menunjukan petani di Lojing, Kelantan bukan di Cameron Highlands tapi percayalah, orang Cameron jugak yang usahakan kebun-kebun sayur di sana. 


3. Berapa pengeluaran sayur-sayuran di Cameron Highlands setahun ?

  • Sekitar 19,136 metrik tan bagi keluasan sayuran utama iaitu 1,052 ha. Jika angka ini dibandingkan dengan pembuangan sayur yang dinyatakan sekitar 50 mt sehari maka hanya ada lebihan 2 .42 mt sahaja sayur yang dijual setiap hari.
  • 19,136 mt dibahagikan kepada 365 hari = 52.42 mt sehari sayur dihasilkan. 
  • Pelik pulak data ini... tapi ini nak buat macam mana,  saya ambil dari Statistik Tanaman Dan Sayuran-Sayuran dan Tanaman Ladang Malaysia 2016 Jabatan Pertanian Malaysia
  • Jadi benarkan 50 tan sayur dibuang setiap hari? Takkan 2 mt sahaja yang terjual ni?
  • Dari sumber yang lain pula, kata salah seorang pengusaha setiap hari 100 buah lori akan ke Pasar Borong dengan purata 10 mt setiap lori. Situ sahaja dah 1,000 mt sehari. 
  • Kalau yang dibuang pun dah 50 mt iaitu sekitar 5% sehari. Itu yang ke Pasar Borong sahaja...  ke tempat lain?
  • Dari satu sumber pula menyatakan sehari sekitar 6000 mt sayur dikeluarkan oleh petani di Cameron Highlands. 
  • Yang mana satu nak ikut ini. Peningkan?
  • mmmm abaikan ajelah data ini ya.. syok sendiri aje.
  • Apapun memang Cameron Highlands pengeluar utama sayuran di Malasyia dengan menjana nilai RM 3 billion setahun. Pertanian adalah Perniagaan.  
  • Oh ya.. yang tanya metrik tan tu berapa? 1 metrik tan adalah 1,000 kilogram. 
  • Sehari terbuang sayur sekitar 50,000 kilogram. 

3. Kenapa dibuang?

  • Awal PKP dilaksanakan terdapat halangan pergerakan lori sayur. Lori-lori tidak dapat bergerak keluar dari Cameron Highlands. Namun isu ini telah diselesaikan dengan surat kebenaran bergerak oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands. 
  • Jumlah permintaan sayur yang berkurangan kerana pembeli tidak bebas membeli di bawah. Perlu patuh dengan kawalan pergerakan. 
  • Tiada permintaan peniaga pasar malam.
  • Tiada permintaan peniaga pasar tani.
  • Tiada permintaan atau amat kurang dari pembekal kepada institusi seperti hotel, asrama, kantin, kedai makan. 
  • Kurang permintaan daripada pasar borong tempatan terutamanya Pasar Borang Selayang yang dikawal rapi oleh pihak berkuasa dengan pengurangan pekerja dan waktu operasi yang lebih pendek. 4 hari isu ini berlarutan sebelum berjaya diselesaikan. 
  • Semua ini menyebabkan produk pertanian berlebihan dan harganya menjadi murah di kebun kerana penawaran melebihi permintaan. 
  • Harga jualan sayur (farm gate price) di kebun menjadi murah. 
  • Harga jualan tidak menampung kos pengeluaran. 
  • Tambahan kos selepas tuai iaitu pembungkusan dan pengangkutan juga tidak dapat ditampung.
  • Namun pada masa yang sama tanaman yang telah matang perlu dituai segera bagi memastikan ianya sesuai di makan dan membolehkan pusingan tanaman baru dapat dimulakan segera. 
  • Petani tidak boleh memanjangkan tempoh tanaman jika tidak mahu melambatkan pusingan tanaman seterusnya. 
  • Jadi jika tidak dapat menjualnya, maka pilihannya tanaman terpaksa dibuang atau diberikan kepada yang memerlukan. 


4. Kenapa tak sedekahkan atau dermakan kepada orang susah.?

  • Menarik. Bagus kalau dapat dilakukan sepanjang masa. 
  • Pada awal PKP  petani memang memberikan secara percuma kepada penduduk sekitar. Saya sendiri mendapat banyak jenis sayur dan juga keledek sampai dua minggu jugak. 
  • Hanya selepas itu, mungkin lebih banyak berlebih dan tiada lagi yang mahukan maka mereka mula membuang sayur.
  • Kenapa tak agihkan? Petani selalunya meminta pihak yang mahu datang mengambilnya sendiri bagi mengelakan mereka menanggung lebih banyak kerugian akibat tambahan tersebut. 
  • Kenapa tak hantar ke bawah sana? Petani tidak mahu untuk menampung kos tambahan yakni kos selepas tuai yang dinyatakan tadi.
  • Paling mudah. Buang sahaja. 
  • Hubungi mana-mana persatuan pekebun sayur untuk urusan pengambilan sayur yang perlu dibuang. 
  • Ini adalah telahan saya semata-mata. Tidak mewakili mana-mana petani dan pihak. Jangan kecam saya. Beranikan diri anda datang ke Cameron Highlands untuk berbincang dengan mana-mana petani yang mahu membuang sayur-sayuran mereka. 
  • Apakah peranan agensi seperti Pertanian dan FAMA? 
  • Itu kena tanya merekalah ya. 


5. Apa yang petani mahukan?

  • Rata-rata petani bukan mahukan subsidi atau pun elaun khas. Mereka mahukan lebih banyak pasar atau lokasi membeli sayur dibuka kerana orang ramai boleh membeli sayur seperti selalu. 
  • Buat masa PKP ini tiada pasar malam atau Tani atau pagi dibenarkan beroperasi menyebabkan tiada permintaan dari peraih dan kumpulan peniaga dari saluran ini. Saya tak pasti pula berapa peratus melibatkan mereka.   
  • Pasar Basah tempatan telah dikenakan tempoh perniagaan yang lebih pendek menyebabkan ianya tidak memerlukan banyak stok jualan yang banyak untuk disimpan.  
  • Manakala Pasaraya utama jugak tidak menjadi tumpuan ekoran aktiviti kawalan jarak sosial yang dilakukan menyebabkan pelanggan perlu menunggu lama untuk masuk membeli barang keperluan sehinggakan ada yang perlu beratur panjang. 
  • Jika ada permintaan setara dengan penawaran, harga akan stabil.


6. Pendapat Saya semata.

  • Kerajaan perlu mengerakkan agensi yang terbabit untuk membantu petani dan pekebun sayur. Mungkin boleh menyelaraskan pengutipan sayur untuk diagihkan secara percuma tanpa perlu mengabaikan social distance.  Mungkin dah ada gerakan yang berkaitan. 
  • Bagusnya kerajaan dah umumkan perlaksanaan Pasar Segar yang mana dikatakan sebanyak 70 lebih lokasi yang terlibat. 
  • Urusan berkaitan pergerekan kenderaan pertanian dah lama selesai. Tiada halangan kepada lori pengangkut bahan makanan. Terbaik di sini. 
  • Langkah Jualan Atas Talian juga langkah yang baik dilaksanakan oleh pengendali platform jualan atas talian seperto LAZADA. 
  • Netizen jangan marah-marah saya dan pekebun ya... stress pulak kami ... 
Sekian melaporkan dari Cameron Highlands...

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock