TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, April 21, 2020

COVID-19: Terkini 21 April 2020


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 54 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,349 kes (61.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 21 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 57 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,482 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,041 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Daripada 57 kes, 18 adalah kes import daripada warganegara Malaysia yang pulang dari luar negara. 39 kes adalah kes penularan tempatan.

Sehingga kini, seramai 43 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 92 kes (1.68 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock