TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, April 12, 2020

COVID-19: seramai 41 pesakit positif COVID-19 sembuh


Alhamdulillah, pada hari ini 12 April 2020 (Ahad), seramai 41 pesakit positif COVID-19 daripada kalangan pelajar tahfiz Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling telah selamat sembuh dan didiscaj dari wad di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM). 

Mereka merupakan sebahagian daripada pesakit positif COVID  19 daripada kluster tabligh yang sebelum ini dikuarantin di Institut Sosial Malaysia dan dimasukkan ke HCTM pada 2 April 2020. Para pelajar terbabit adalah pelajar lelaki berumur dari 14 hingga 29 tahun. Mereka telah terdedah kepada COVID -19 samada ketika menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling pada awal Mac 2020 dan juga daripada persekitran masjid selepas perhimpunan. 

Kesemua mereka tidak mengalami sebarang simptom dan 2 ujian swab saringan awal pada pertengahan Mac dan pada 24 Mac adalah negatif. Mereka telah dikuarantin di Institut Sosial Malaysia dan pada 2 April, keputusan ujian swab ke 3 yang di ambil pada 30 Mac adalah positif COVID-19. Para pelajar seterusnya dimasukkan ke HCTM bagi rawatan lanjut.

Rawatan di HCTM berjalan lancar dan hanya seorang daripada mereka mengalami simpton batuk pada 5 April 2020 dan diberikan rawatan Hydrochloroquine. Kesemua mereka telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan discaj pada hari ini 12 April 2020.

​ Daripada aspek perubatan, saringan untuk diagnosis dan rawatan awal  amatlah penting bagi memastikan pesakit positif COVID 19 berpeluang sembuh sepenuhnya. Kumpulan pelajar ini merupakan pesakit pada usia muda. 

Justeru proses penyembuhan dan prognosis mereka  adalah lebih baik berbanding pesakit yang berusia ataupun yang menghidap penyakit kronik lain seperti hipertensi atau kencing manis. Walau bagaimanapun, mendapatkan rawatan di peringkat awal semasa di tahap 1 sehingga 3 adalah amat penting. 

Daripada aspek kawalan COVID-19, proses kuarantin awal dan isolasi di wad bagi kesemua 41 pelajar ini selepas didapati positif merupakan langkah yang amat penting. Di dalam kes ini, kesemua 41 mereka tidak mengalami sebarang simptom tetapi mampu untuk menjangkiti dan menyebarkan COVID-19 kepada masyarakat sekeliling tanpa menyedari mereka telah dijangkiti. 

Justeru, keperluan kepada proses pengesanan, kuarantin, isolasi dan rawatan awal merupakan langkah tepat membantu proses penyembuhan, menyekat penyebaran dan memutuskan rantaian jangkitan COVID -19, mengambil contoh pengurusan kesemua 41 pelajar tahfiz ini.

- KPK KKM -

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock