TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, April 28, 2020

COVID-19; Kes terkini 28 April 2020


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 75 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,032 kes (­­68.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 28 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 31 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,851 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,719 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai 36 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 17 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 100 kes (1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock