TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, April 26, 2020

COVID-19: Terkini 25 April 2020


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 99 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,762 kes (65.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Justeru, bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah hampir dua kali ganda bilangan kes yang dilaporkan.

Sehingga 25 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 51 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,742 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,882 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai 36 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 16 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 98 kes (1.71 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock