TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, July 3, 2020

Bercuti di Cameron Highlands selepas PKP

PEKAN TANAH RATA

Ada yang yang bertanya ....  

Bagaimana suasana bercuti selepas PKP masuk ke fasa PKPP yakni pemulihan. 

Umum mengetahui semasa Perintah Kawalan Pergerakkan atau PKP dilaksanaka, Cameron Highlands bagaikan bandar mati yang sepi berbanding dengan suasana sebelum PKP yang mana dibanjiri pelancong. 

2 bulan lebih suasana tenang dan damai ini dirasai ekoran perintah kawalan ini. Semua premis perlancongan diarahkan ditutup sepenuhnya. 

Namun selepas Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan dilaksanakan dengan kebenran merentas negeri dan aktiviti ekonomi dibuka semula termasuklah perlancongan domestik, maka mulai dua minggu lepas, Cameron mula dibanjiri semula oleh pelancong. 

Hampir semua kiosk dan kawasan perlancongan dibuka semula. Hampir semua hotel-hotel dan juga homestay dibuka semula. Namun semuanya mesti mematuhi SOP yang telah ditetapkan. 

Awal minggu pertama, KEA FARM menjadi malapetaka ketidakpatuhan SOP yang telah ditetapkan, lalu memaksa MDCH mengarahkan penutupan Kea Farm selama 5 hari. Sessi dialog dan taklimat kepada peniaga dijalankan dan aktiviti sanitasi di kawasan sekitar telah dilakukan. 

Namun minggu lepas masih kecelaruan pematuahan SOP ekoran terlalu ramai pelancong. 

Kawasan tumpuan seperti Tea Centre baik di BOH Plantation mahupun Bharat Tea Plantation mula penuh dikunjungi ramai pelancong. 

Mossey Forest dan hutan lipur eko rimba mulai dibuka semula termasuklah tapak perkhemahan di Sungai Pauh. 

Kedai-kedai makan dibuka semula sehingga 12 malam.

Yang masih ditutup adalah Stesen MARDI di Tanah Rata, 

Trafik di Cameron Highlands kembali sesak seperti sediakala malah minggu lepas menghampiri rekod kesesakan paling teruk di sini. 

Apapun selamat bercuti .. jagalah dan amalkan segala SOP yang telah ditetapkan.  

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock