TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, September 1, 2016

Kayuhan Jalur Gemilang #sehatisejiwa Merdeka 2016 di Tanah Rata

Kayuhan Jalur Gemilang #sehatisejiwa Merdeka 2016 bersempena Program Ambang Malam Kemerdekaan sekitar Tanah Rata dan Brinchang anjuran Pejabat Perpaduan Cameron Highlands bersama-sama Pejabat Belia dan Sukan Cameron Highlands dan Cameron Riders.


Turut bersama menyokong penganjuran adalah agensi tempatan seperti Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Penerangan, Majlis Daerah Cameron Highlands.

Kayuhan seramai 117 peserta melibatkan pelbagai bangsa dan peringkat umur ini melalui Pekan Tanah Rata dan Brinchang dengan tiga hentian laungan keramat MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA !!! sebelum kembali ke Padang MDCH untuk acara ambang merdeka.


Hentian Pertama Laungan MERDEKA adalah dihadapan Agro Bank di mana dengan penuh semangat, semua peserta kayuhan melaungkan 7 kali MERDEKA dan SEHATI SEJIWA yang mana menarik perhatian ramai pelancong dan juga pelanggan di kedai-kedai berhampiran. 


Tahniah kepada semua penganjur dan peserta yang terlibat.

Selamat Hari Merdeka ke 59..
#SEHATISEJIWA
MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!

* Gambar berkualiti seadanya.. jangan komplain parok2 ya...

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock