TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, September 10, 2016

Festival Thai di Aronda Nova @ Cameron Highlands

Cuti sekolah bulan 9 datang lagi. 
Apa yang istimewanya untuk 9 hari yang akan dilalui di Cameron Highlands? 


Mungkin Thai Festival di Aronda Nova di Kea Farm ini boleh menambah satu lagi persinggahan anda. 

Cuma di sini adalah lebih kepada makanan ala Thai yang disediakan lebih 15 gerai makan di dalam komplek Aronda Nova ini. 


Bermula 10 hingga 18 September 2016 ini bersempena dengan perasmian Aronda Nova setelah 2 tahun ianya dibuka. 


Saya telah pergi petang semalam dan memang berpuas hati kerana terdapat banyak pilihan makanan yang asli dari Negera Thailand khasnya dari masyarakat Islam dari Yala dan Pattani. 


Selalunya setiap kali saya singgah di Festival Makanan Thai yang dianjurkan di Tesco atau mana-mana lokasi, soal halalnya amat saya ragui namun untuk kali ni , saya yakin. 


Banyak pilihan makanan. Tak perlu ke Thailand dah rasanya kerana harganya juga amat berpatutan sekitar RM 5 -7 untuk hidangan utama dan yang pasti rasanya adalah asli thai!!

Jom ke sana... tak rugi .. saya syorkan .. kalau nak makan yang berlainan dari kedai makan sediada di Cameron Highlands, saya syorkan ke sini. 



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock