Kayuhan Jalur Gemilang #sehatisejiwa Merdeka 2016 di ambang Malam Kemerdekaan sekitar Tanah Rata dan Brinchang anjuran Pejabat Perpaduan Cameron Highlands bersama-sama Pejabat Belia dan Sukan Cameron Highlands dan Cameron Riders.
Turut bersama menyokong penganjuran adalah agensi tempatan seperti Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Penerangan, Majlis Daerah Cameron Highlands.
Kayuhan seramai 117 peserta melibatkan pelbagai bangsa dan peringkat umur ini melalui Pekan Tanah Rata dan Brinchang dengan tiga hentian laungan keramat MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA !!! sebelum kembali ke Padang MDCH untuk acara ambang merdeka.
Kayuhan di ambang merdeka ini boleh dianggap salah satu sejarah baharu bagi Cameron Riders kerana pertama kali dianjurkan secara rasmi di peringkat Daerah Cameron Highlands.
Tahniah kepada semua penganjur dan peserta yang terlibat.
* Koleksi Gambar ini sekitar Kampung Taman Sedia sebelum kembali ke Penamat di Padang MDCH, dengan Hentian Laungan Kemerdekaan ketiga dilakukan di hadapan De' Bambo Steamboat and Grill, Kampung Taman Sedia.
Turut sama melaungkan MERDEKA adalah pelanggan yang sedang menikmati sajian steamboat dan grilll di sana . Terima Kasih.
Acara ambang merdeka diteruskan pengisian oleh pihak Pejabat Perpaduan daerah bersama dengan Jabatan Penerangan daerah sehingga detik 12 malam dengan persembahan bunga api selama 18 minit.
Ini adalah sejarah terkini yang terpahat di Cameron Highlands kerana kali terakhir dari sumber lisan ada mengatakan sambutan ambang merdeka rasmi adalah sekitar 15 tahun yang lalu.
Selamat Hari Merdeka ke 59..
#SEHATISEJIWA
MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!
* Gambar berkualiti seadanya.. jangan komplain parok2 ya...
No comments:
Post a Comment