Cuti sekolah ini terdapat satu penganjuran Pesta Bunga di Aronda Nova, Kea Farm di Cameron Highlands. Saya dengar bersempena dengan perasmian kompleks Aronda Nova setelah ianya dibuka sejak 2 tahun yang lalu.
Semalam semasa saya pergi ke sana, persiapan sedang dilakukan untuk perasmian hari ini.
Yang utama dipamerkan adalah koleksi orkid yang sangat perlbagai dan ada yang pertama kali saya lihat dibawakan oleh Persatuan Orkid Perak.
Saya tak pasti harganya sebab semua orkid yang dipamerkan diletakan nombor ID dan anda perlu merujuk ke kaunter utama untuk perincian yang selanjutnya.
Geram jugak tengok pokok orkid ini. memang seronok dilihat.
Jadi kepada pengemar orkid, boleh ke Aronda Nova untuk terhad ini.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment