Berbuka puasa beramai-ramai mungkin lumrah diwaktu bulan puasa samada bersama kawan-kawan, keluarga ataupun di buffet Ramadhan .. tetapi di Kuantan uniknya adalah berbuka di Padang Bolasepak bersama ribuan yang lain yang tidak anda kenali tetapi cukup meriah.
gambar pinjam dari carian Internet |
Aku teringatkan ketika zaman bersekolah di Kuantan selama 5 tahun dan lebih 2 tahun berulang alik ke sini sebenarnya tidaklah sebegini.
Cuma beberapa tahun kebelakangan ini menjadi meriah kerana mungkin apabila bazar ramadhan yang asalnya ditapak lama seberang jalan iaitu tapak pasar malam Jalan Mahkota yang kini telah dibina Mahkota Square (tolong betulkan namanya jika tersalah nama, dah lama tak balik ke Kuantan).
Terbinanya Mahkota Square ini menyebabkan tapak bazar ramadhan dipindahkan ke seberang jalan iaitu bersebelahan Hentian Bas Pokok Buluh (nama sebenarnya Hentian Bas Jalan Mahkota tetapi kerana terdapat pokok buluh bersebelahannya maka lebih popular dengan nama ini) menjadikanya ianya betul-betul bersebelahan dengan padang MPK1 ini. Padang MPK ini bersaiz dan boleh memuatkan tiga padang bola secara bersebelahan dan cukup besar saiznya.
Sebelum SUKMA 1996, kawasan padang MPK 1 ini tidaklah popular kerana terdapat gerai makan yang memisahkan antara jalan dan padang bola ini dan menjelang SUKMA gerai-gerai makan ini dipindahkan ke Transit Quarters bersebelahan Hentian Gelanggang ataupun Kompleks Belia dan Sukan atau bertentangan dengan Stadium Darul Makmur.
Pemindahan ini menjadikan kawasan padang ini lebih terbuka tanpa sempadan bangunan sebalik terus dengan rimbunan pokok-pokok besar di sepanjang Jalan Mahkota.
Lebih menariknya bersempadanan juga dihujungnya ialah Masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan yang siap digunakan pada tahun 1993 dengan limpahan lampu yang menyerlahkan warna biru pada dindingnya (Kami dahulu memanggilnya ala Masjid Biru di Turki) dan pastinya suara azan akan berkumandang bila waktu berbuka telah tiba.
Aku teringat kira-kira 18 tahun yang lalu, mereka yang membeli juadah di pasar ramadhan ini akan menunggu bas masing-masing samada di Hentian Bas Pokok Buluh atau jika ingin menempah tempat duduk atau mengelakkan berebut di hentian bas in , mereka akan berjalan sedikit ke Hentian Bas Jalan Bukit Ubi bersebelahan Taman Kerang. Maklumlah zaman ini belum ramai yang boleh berkereta dan hanya sekitar penghujung 1998 , barulah ramai yang boleh berkereta Iswara, Wira dan juga Kancil.
Jika terlewat tiba bas mereka dan sudah masuk waktu berbuka biasanya mereka akan duduk di bangku penonton di padang bola atau bersila sahaja di atas padang. Aku pernah mengalami pengalaman ini suatu masa dahulu sambil menikmati Murtabak pekan.
Mungkin lama kelamaan mungkin ianya bertambah ramai dan akhirnya menjadi satu acara berbuka secara beramai-ramai dan menjadi lebih meriah biarpun semuanya berkereta sendiri sebenarnya.
Mungkin keseronokan berbuka beramai-ramai di padang yang menjadi tarikan sebenarnya dan bukannya tertinggal atau bas lambat sampai seperti kami suatu ketika dahulu.
Mungkin keseronokan berbuka beramai-ramai di padang yang menjadi tarikan sebenarnya dan bukannya tertinggal atau bas lambat sampai seperti kami suatu ketika dahulu.
Alangkah lengkapnya majlis berbuka ini jika dilanjutkan dengan sembahyang maghrib di Masjid Sultan Ahmad Shah dan safnya menjadi seramai yang kita nampak di padang ini di kala waktu berbuka. Malangnya ianya tidak berlaku.
Klik SINI untuk mengetahui artikel lanjut mengenainya di Harian metro malah Utusan juga ada membuat artikel mengenainya.
Gambar-gambar di atas adalah dari carian internet sebab aku sendiri tidak pernah ke sana...
Bilalah agaknya aku dapat balik ke Kuantan semula dan menyertai acara unik ini .. Insyallah ..
2 comments:
wowww.. meriahhhh.. nk pinjam gak la gamba niii
Saya pun pinjam dari laman web ni.. dia cakap dia pun pinjam dari laman web yang lagi satu ..
saya rasa boleh kut asalkan jgn untuk tujuan kormesial..
kredit untuk tuan punya asal ni..
saya rasa dia ambik dari Shahzan Inn Hotel ..
Post a Comment