TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, August 2, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Bunga-bungaan

Koleksi seterusnya saya rasa memerlukan beberapa siri kerana kalau hendak dikongsikan sepenuhnya pasti banyak.

Ini tidak lain tidak bukan adalah koleksi bunga-bungaan yang terdapat di Cameron Highlands atau lebih tepat adalah yang sedia terjual di serata kedai jualan untuk anda.

Saya telah menulis beberapa catatan yang terdahulu yang mengkhususkan mengenai dahlia, bunga ros, bunga crisanthemun dan juga periuk kera termasuklah catatan terbaru mengenai bunga orkid yang saya buat dalam dua siri.

Malah catatan saya terdahulu berkongsikan mengenai industri bunga di Cameron Highlands yang saban tahun mencatatkan ratusan juta nilai perniagaan ini samada untuk pasaran dalaman ataupun eksport.

Sememangnya bunga dan Cameron Highlands sinonim sebagaimana strawberry dan ladang teh yang sudah terkenal.

Untuk membaca catatan diatas yang terdahulu ini, anda klik sahaja di sini... Klik sini untuk catatan koleksi bunga ros atau klik SINI untuk catatan koleksi bunga daisy atau klik SINI untuk catatan bunga Raya atau klik SINI untuk catatan periuk kera. Klik SINI untuk orkid 1 dan SINI untuk orkid 2. Peminat Crisanthemun, Klik SINI dan peminat Kaktus pula Klik SINI.  

Apapun siri yang pertama dari entah berapa siri yang akan saya kongsikan dengan anda mengenai bunga-bunga di CAMERON HIGHLANDS...




 






Belum teruja... tak apa .. ini sekadar pemanas mata sahaja.. saya kumpulkan lagi koleksi gambar yang pernah saya rakamkan untuk bunga-bungaan sekitar Cameron Highlands ...  

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock