TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Showing posts with label klip youtube. Show all posts
Showing posts with label klip youtube. Show all posts

Saturday, April 12, 2014

Cameron Highlands : No 5 Taman Sedia

Mencari penginapan ala rumah sendiri atau bercirikan homestay di Cameron Highlands di sini bukannya sukar kerana banyak khidmat seumpamanya baik dari jenis rumah kampung sehinggalah ke apartment  tetapi mencari yang sesuatu yang  istimewa, saya pasti akan menghalakan anda ke Taman Sedia...

Dan saya menemui video yang bertajuk : 
" NO 5 TAMAN SEDIA IN FIVE MINUTES " 
yang agak istimewa dalam mempromosikan perkhidmatan homestay mereka ...

jadi luangkan 5 minit anda untuk meninjau 
No 5 di Taman Sedia... 


Thumbs Up... No 5 di Taman Sedia.. 

saya bukan pemiliknya...hubungi mereka sendiri .... 

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru

16 Mei... setiap tahun tarikh ini akan disambut dengan ucapan SELAMAT HARI GURU ...

Jom kita raikan ... dengan mengenang dan mengucapkan .. SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru kita.

dan mari kita layari janji-janji mereka yang bergelar guru. Lagu yang setiap tahun saya akan dengar di dendangkan oleh guru-guru saya sebagai janji dan iltizam mereka dalam menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.. .




Thursday, April 11, 2013

Perajurit Tanah Air.. inilah barisan kita...

PERISTIWA mengejut di Lahad Datu bagai telah mengajar kita semua betapa besarnya nilai kedaulatan sesebuah negara yang sudah merdeka. Wilayah perlu dipertahankan dengan segenap jiwa raga. Nyawa merupakan pertaruhannya dan telah dibuktikan.


Semasa generasi lama hidup di zaman darurat tahun 1948, mereka pernah dicengkam oleh kejahatan pengganas komunis, dahulunya dipanggil bandit. Kemudian kita diberi pengajaran pahit lagi ketika era konfrantasi kerana pembentukan Malaysia tahun 1963 disambut dengan pendaratan tentera-tentera asing diketuai Leftenan Sutikno dan diikuti oleh Majer Titaley di Johor.
Kini kerakusan lama berulang lagi di Lahad Datu, Sabah. Pencerobohan kumpulan pengganas luar yang lebih kejam cuba menguasai sebahagian ataupun keseluruhan bumi Sabah dengan kekuatan senjata dan kononnya ilmu kebal songsang.
Sebahagian daripada gerombolan ini pernah bersenang-senang di Malaysia sebelum ini, mendakwa bahawa Sabah adalah pusaka tinggalan moyang mereka dan perlu diambil semula. Malangnya mereka tidak menyalak semasa British masih berkuasa dan menguasai mereka. Mereka cuba menimpakan kesilapan sendiri kepada Malaysia konon menjajah Sabah.
Pendaratan pengganas Kiram di Sabah menggugat kedaulatan Malaysia. Dengan mudah mereka terus menghalalkan kehadiran bersenjata bersandar kepada alasan usang atas faktor sejarah lapuk sudah hancur berkecai menjadi debu berterbangan.
Demi menjaga kedaulatan serta keutuhan pejuang-pejuang Malaysia dalam tiupan semangat menyala, pasukan keselamatan Malaysia telah dibangkitkan dengan bara-bara panas menyingsing senjata dengan getaran sebuah lagu patriotik daripada Jamaludin Alias, bekas seorang petugas di Radio Malaysia (RTM). Inilah dia lagu pertempuran Kalabakan, Sabah.
Lagu ini pernah dibuat filem pendek dan ditayangkan saban masa di kaca TV sehingga boleh dikatakan setiap rakyat Malaysia mengenali dan menghafalnya lama dahulu. Tetapi hari ini ia sudah hampir dilupakan dan ada yang tidak tahu menahu pun kewujudan lagu ini jika tidaklah disiar melaui radio atau pun pancaran TV.
Lagu itu bukannya berjudul Inilah Barisan Kita tetapi Perajurit Tanah Air yang telah dirakamkan oleh Jamaludin Alias dalam piring hitam LP RMT. 26 dengan durasinya selama 03 minit 36 saat rentak March pada tahun 1964.

Ia ciptaan Surya Buana dan tidak dicatat sebagai Saiful Bahri walaupun orangnya sama atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dijelaskan di sini.


Lagu yang sudah pun menjangkau tempoh masanya hampir 50 tahun ini telah dihidupkan semula oleh peristiwa Lahad Datu. Piring hitam ini masih tersimpan di khazanah Rakam Khanah P. Ramlee, Wisma Radio, Kuala Lumpur.
Saya telah meneliti keseluruhan lagu-lagu tersebut, atas kapasiti sebagai penyelidik dan ahli panel lagu di Rakam Khanah P. Ramlee. Begitu juga dengan pengumpulan maklumat tentang Jamaludin Alias, juga sebagai rakan semasa kami bertugas di Wisma Radio selama puluhan tahun termasuklah penciptanya Saiful Bahri yang sengaja menggunakan nama samaran Surya Buana.
Lagu-lagu patriotik ini juga telah disemak dan dikenalpasti pencaragam yang mengiringinya dan pemimpinnya.
Pada pandangan khusus tentang Jamaludin Alias, beliau wajarlah diingati, dihargai kerana sumbangan terbesarnya telah banyak mewarnai perjalanan kempen-kempen negara dengan lagu-lagu patriotiknya tidak ternilai, termasuklah rakaman lagu-lagu keroncong yang pernah dirakam di RTM sendiri. Beliau juga seorang pengulas sukan tanah air sezaman dengan Rahmat Jais dan Daud Meah dari Radio Malaya Pulau Pinang.
Kita juga pernah dididik dengan lagu-lagu berkonsepkan kenegaraan seperti Negaraku, Berjaya, tata susila, kebersihan, mengundi, keselamatan jalan raya, bahasa kebangsaan, makan buah-buahan tempatan, senaman dan sebagainya oleh Jamaludin Alias.
Rusuhan pada 13 Mei 1969 melanda Malaysia, maka sekali lagi Jamaludin Alias bangkit memberikan getaran vokal tinggi dan telus menghamburkan lagu Muhibbah. Rakyat jelata disaji dengan jamuan muhibbah semua kaum dalam majlis-majlis tersebut di seluruh negara kerana mahu memupuk kemesraan dan keharmonian. Jamaludin Alias adalah orangnya dan Surya Buana merupakan pencipta paling berwibawa.
Mengikut sejarah yang diketahui, Surya Buana sendiri yang telah memilih Jamaludin Alias untuk merakamkan keseluruhan lagu-lagu patriotik ini. Suara Jamaludin Alias ini bagai satu kegemparan besar di Asia pada tanggapan sesetengah pihak ketika itu. Sebahagian daripada lagu-lagu patriotiknya dirakamkan di Malayan Film Unit (kini Filem Negara Malaysia) bertempat berhampiran tapak Syarikat Lever Brothers, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.
P. Ramlee mendapat penghormatan sesudah ketiadaannya. Wajarkah Jamaludin Alias menjadi sseperti Seniman Agung itu? Biarlah Jamaludin Alias tahu menerima di tangannya sendiri dan bukan melalui tangan wakilnya.

Tuesday, March 26, 2013

Tips Melawat Cameron Highlands: Mossey Forest Klip Video

Masih juga berkongsikan koleksi dari laman youtube, saya menemui juga klip video ini mengenai Mossy Forest yang pernah beberapa kali kisah kunjungan saya dikongsikan dalam mrkumai.blogspot.com sepanjang tahun 2009,2011 dan 2012. 

Semuanya dalam bentuk gambar tetapi untuk klip video, inilah yang mungkin terbaik saya temui.

Klip Video yang sebenarnya menjadi pilihan saya berdurasi selama 6 minit 14 saat dihasilkan oleh yang mengelarkan dirinya sebagai "bigbrotherironman" namuan saya gagal untuk berkongsikan klip tersebut di sini . 

Mungkin anda boleh membuat carian di internet  "GoPro Hero 3 Black Edition- mossy forest".  Atau mungkin link ini boleh membantu.. KLIK

Mungkin sekadar untuk merakamkan aktiviti mereka menangkap gambar tetapi mereka berkongsikan suasana di Mossy Forest di awal pagi setelah merakamkan gambar matahari terbit pada 20 March 2013 yang lalu masih baru lawatan mereka. 

Jadi terpaksalah saya berkongsikan video klip yang lain seperti ini...saksikan ... tapi jangan lupa cari video klip di youtube di atas jugak ya...


Tips Melawat Cameron Highlands: Video dari Youtube Ash Raja

Menjengah ke laman youtube setelah sekian lama tak ke sana, saya menemui video klip ini yang dihasilkan oleh Ash Raja (berdasarkan posting), saya sungguh seronok melihat video klip ini yang dihasilkan semasa melancong ke sini. 

Bukan setakat Cameron Highlands, tetapi terdapat 5 lagi siri koleksi Trough The Lense yang beliau hasilkan .. Jom luangkan masa 3 minit 11 saat dengan klip video ini


Di muatnaikan pada 15 March 2013.. kira masih panas dari oven... thumb up bro ...

Wednesday, October 31, 2012

Terima Kasih .. mari kita ucapkan ...

Iklan mengenai Terima Kasih ini dapat kita tonton di TV3 semasa Buletin Utama. Kali pertama menontonnya terasa sayu dan terdiam seketika antara saya dan isteri...

Makna liriknya sungguh ringkas tetapi mendalam.. gambaran yang dipaparkan menyatakan kita seharusnya mengucapkan terima kasih setiap masa biarpun yang dibantu itu mungkin kecil nilainya tetapi besar hati mereka.

Ingatkan kali pertama sahaja kami terdiam menghayati iklan ini tetapi rupanya setiap kali disiarkan kami masih lagi terdiam ...

Jom tonton dan hayati lirik dan senario yang dikongsikan ...

Jom kita ucapkan terima kasih ...

Kini ku nikmati kehidupan yang selesa
Dibentuk oleh mereka yang penyayang
Hari silih ganti kami maju ke hadapan
Tak kira apa jua halangan

Terima kasih ku ucapkan padamu,
Atas nikmat yang diberi padaku
Terima kasih ku ucapkan padamu
Kerna aman sentosa selalu

Kita dididik serta dipimpin
Agar kita semua tidak keciciran
Kita terus berusaha sedaya upaya
Agar menjadi insan yang berguna

Terima kasih ku ucapkan padamu
Atas nikmat yang diberi padaku
Terima kasih ku ucapkan padamu
Kerna aman sentosa selalu

Friday, October 19, 2012

Setia...

Ooo.. catatan ini dah lama masuk dalam 'draft' catatan sejak bulan kemerdekaan lagi. Cuma tak sempat nak muatnaikan catatan ini atau sebenarnya terlupa...

Antara banyak-banyak lagu patriotik, aku sukakan lagu ini.. melodinya sedap didengar dan liriknya menuntut kita bertanya kepada diri apakah makna setia kepada negara..

"Demi negara..yang tercinta, dicurahkan bakti penuh setia
Demi Raja yang disanjung tingi , kesetiaan tak berbelah bagi..."

Versi lama :

Versi Baru:



Rela berkorban apa saja, amanaha bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia untuk agama bangsa dan negara...

Sunday, October 14, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Dari youtube 2...

Lagi sambungan video klip pilihan dari koleksi Youtube mengenai Cameron Highlands.

atau anda boleh juga melihat klip video ini... juga dari youtube..



.... koleksi rakaman saya mengenai di Cameron Highlands akan menyusul nanti ... Insyallah .. tengah belajar merakam video pula.... 

Saturday, October 13, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: dari youtube...

Jom kita tengok koleksi klip video dari youtube mengenai Cameron Highlands yang dimuatnaik oleh pengunjung di sini serta juga daripada krew produksi .. menarik...


Juga yang ini:


yang lain-lain nanti saya kongsikan ...


Wednesday, August 15, 2012

Beraya bersama Ibu Dan Ayah...

Pulang ke kampung pastinya untuk beraya bersama ibu dan ayah tercinta. Ini mungkin tujuan utama bagi mereka yang masih mempunyai keduanya atau salah seorang daripadanya. Namun bagi mereka yang sudah tiada sesiapa pasti terasa berbeza. Kesedihan, kepiluan dan pelbagai rasa pastinya akan menjadi tetamu di hari bermakna ini.

Bagi yang masih ada, bersyukurlah masih dapat merayakan hari mulia bersama... Insyallah sama bagi diri saya.. Alhamdulillah.

Tapi tahukah anda ada segelintir dari kita yang menyambutnya secara berbeza. Ibu dan ayah yang masih ada menjadi bebanan kepada mereka malah dilayan dengan tidak sepatutnya... mungkin dua klip dari iklan raya dibawah ini mengambarkan antara kisah yang tidak mahu kita lihat...


dan ini..


Adakah anda sebegini ..jauhkanlah  sifat ini dari kita ...

SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR & BATIN

Jom Pulang Beraya....

Menjadi tradisi kita untuk pulang ke kampung halaman menyambut hari raya. Dari jauh kita akan tetap berusaha untuk pulang ke desa. Namun bukan semua yang mahu pulang dengan pelbagai alasan remeh untuk didengar.

Klip iklan oleh Bernas tahun ini cukup menyentuh rasa. Biarpun berbagai halangan dan yang menanti mereka sekadar batu nisan, namun tetap mahu pulang . Ahmad merindui arwah ibunya manakala Fizi tiada sesiapa. Tiket bas yang habis, tiket keretapi yang tidak cukup akhirnya mereka memilih menumpang lori untuk pulang ke Segamat..



Dalam serba kekurangan mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Ahmad yang kurang boleh bertutur menjadi mata kepada Fizi yang buta dan begitulah sebalikya bagi Fizi yang bertutur bagi pihak Ahmad.. .

"Ini mak Ahmad.. mak Ahmad mak Fizi juga" ujar Ahmad sambil memegang batu nisan ketika memperkenalkan kubur arwah ibunya....
 
Selamat Hari Raya .. Maaf Zahir Batin ...

Tuesday, November 22, 2011

Sunday, November 13, 2011

Hero: Kucing yang dipotong tangannya...


ikuti kisah sepenuhnya dari awal dan kempen kesedaran mengenai kekejaman manusia ke atas haiwan di blog kakimotong.blogspot.com dan klik di laman http://www.facebook.com/KakimotongFanClub

Petikan Rencana daripada : Ku Seman Ku Hussain

HAIREY menyelamatkan kucing yang dipotong dua kakinya
Apabila pertama kali menonton di Youtube seekor kucing cantik tetapi hilang dua kaki depan kerana dipotong manusia, suara hati berkata, “Zalimnya manusia.”

Tetapi apabila berulang kali menonton selepas membaca pendedahan dibuat oleh majalah Mastika (terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd) Edisi November 2011, hati berkata pula, “Syukur kerana masih ada manusia yang berhati manusia.”

Klip video berdurasi 4 minit 21 saat yang ditonton 252,957 kali hingga semalam itu membawa kita melihat melampaui kucing yang dipotong kaki depannya kerana mencuri ikan. 

Banyak perkara boleh dilihat dan dianalisis antaranya perihal nilai kemanusiaan, keikhlasan manusia dan peranan media baru menyebarluaskan pekerti manusia yang baik dan tidak baik kepada umum.

Selepas dipaparkan secara terperinci dalam Mastika, kisah tragis kucing putih yang berkaki dua ini meraih simpati. Melihat keletah yang manja tetapi penuh sengsara angkara manusia, kisah ini menceritakan perihal manusia dan binatang dalam keadaan sama dan juga yang tidak sama.

Manusia selalu tidak adil kepada binatang apabila menyamakan manusia berperangai buruk sebagai sama dengan binatang. Ini seolah-olah binatang berperangai buruk dan tidak ada “perikemanusiaan”. Benarkah hanya manusia yang berperangai baik dan ada perikemanusiaan?

Kalau dilihat keserabutan sosial yang berlaku di sekeliling kita, banyak perangai buruk yang dilakukan oleh manusia, tidak dilakukan oleh binatang. Misalnya binatang menyayangi anak yang dilahirkan tetapi ada manusia yang membuang anaknya sendiri.

Ternyata kemanusiaan sudah banyak dihakis oleh nilai-nilai baru yang kononnya lebih maju dan moden. Nilai kebendaan mengambil tempat nilai kemanusiaan. Penanda aras manusia kini diukur berapa banyak kekayaan dimiliki bukan berapa tinggi nilai pekerti.

Walaupun begitu masih ada manusia yang kaya dengan nilai kemanusiaan. Perlakuan yang bertentangan dengan nilai itu cepat mendapat tindak balas. Bukan sahaja bersimpati dengan bayi yang dibuang dan dibiarkan mati dengan penuh seksa, malah bersimpati kepada binatang yang dizalimi.

Buktinya klip video dalam Youtube itu mencetuskan kesedaran. Di mana-mana sahaja orang bercakap mengenai kucing yang malang ini. Bukan sekadar menonton tetapi kisah kucing dipotong kaki ini mengalirkan rasa simpati terhadap binatang. Ini tamparan kepada manusia yang sepatutnya lebih berperikemanusiaan berbanding binatang. 

Tetapi binatang tidak ada kuasa politik untuk membantah kekejaman manusia. Tidak boleh menganjurkan tunjuk perasaan kerana hukuman yang tidak adil ini.
kezaliman

Sebenarnya kezaliman manusia berkuasa terhadap yang tidak berkuasa bukan perkara baru. Malah sejak zaman purba lagi kecenderungan menzalimi begini sebagai penanda aras kuasa sudah banyak berlaku. Ketika ini pun kita banyak disajikan dengan kekejaman manusia terhadap manusia, hingga satu peringkat kita sudah hilang deria untuk berasa sedih dan terharu. Kita dibentuk oleh persekitaran sejagat bahawa kezaliman adalah tatacara baru dunia hari ini. Maka tidak ada suatu yang luar biasa apabila berlalu kezaliman begini.

Kita disajikan dengan kisah manusia yang membakar, memotong dan melupuskan tubuh manusia lain hanya kerana duit. Begitu juga kisah kezaliman Israel yang membunuh lebih 3,000 kanak-kanak dan wanita Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila pada 18 September 1982. Itu belum lagi pembersihan etnik tentera Serbia terhadap rakyat Bosnia hingga mengorbankan berjuta-juta nyawa. Semua kezaliman manusia terhadap manusia ini membuatkan kita semakin hilang deria.

Kisahnya di Mastika November 2011
Tetapi apabila seekor kucing yang dipotong dua kakinya menjadi bahan percakapan, setidak-tidaknya ini menandakan kita masih punyai rasa kemanusiaan biar pun semakin menipis. 


Setidak-tidaknya kita kembali bercakap tentang wajar dan tidak wajarnya kezaliman itu kepada binatang atau manusia. Kalau kerana seekor ikan, kucing itu hilang dua kakinya, apa pula balasan kepada manusia mencuri, menggelapkan, mengubah wang dan pelbagai lagi istilah yang membawa erti menganiaya manusia lain?

Ada pula yang berkata, kucing itu mencuri ikan kerana kelaparan. Manusia mengambil harta milik manusia lain bukan kerana lapar tetapi untuk hidup bergaya dan memperagakan kemewahan. Siapa yang patut dihukum lebih berat antara kucing yang lapar dan manusia begini?

Pada masa yang sama klip video itu juga membolehkan kita melihat keikhlasan seorang anak muda bernama Hairey berusia 32 tahun dari Semenyeh, Selangor. Dia menyelamatkan kucing itu di tepi jalan selepas dua kakinya dipotong. Membawa pulang ke rumah dan mengubati hingga sembuh. 


Selalunya dalam keadaan begini banyak manusia yang mahu mencari nama, semua bentuk pertolongan mesti dipertontonkan kepada umum. 


Kalau hendak beri bantuan, mereka akan memanggil wartawan untuk membuat liputan dan keesokannya terpampanglah “pertolongan” itu di dada akhbar.

Tetapi Hairey menolong kucing itu dengan ikhlas, dia tidak beritahu sesiapa kecuali keluarganya mengenai tragedi tahun 2005 itu. Dia tidak menonjolkan diri seperti yang selalu kita lihat. Hairey menyiarkan klip videonya Jun 2010 dan Mastika memberi liputan November 2011. Itu pun bukan kerana Hairey menjaja kisahnya kepada Mastika tetapi Mastika yang berusaha mencarinya. Kisah kucing ini membawa kita membaca pelbagai perihal manusia, antara kejujuran dan kepura-puraan. Antara perikemanusiaan dan kebinatangan. Akhirnya keikhlasan terpancar juga, klip video amatur itu buktinya

Sunday, November 6, 2011

Saya GAY saya OK...

Melepasi seminggu dua ini, negara kita dikejutkan dengan kempen oleh  SEKSUALITI MERDEKA yang jelas menentang arus norma budaya, agama masyarakat MALAYSIA. 

Anda boleh melayari web site mereka dan aku tak berminat nak men'link'kan laman mereka. 

Cuma nyatakan PENDIRIAN AKU... AKU TAK BERSETUJU DAN TIDAK SAMA SEKALI AKAN MENYOKONG mana -mana kumpulan yang sealiran baik didalam negara ataupun luar negara. Biarlah jika anda mengatakan aku PENCABUL HAK ASASI MANUSIA , aku lebih sanggup dari menjadi PENCABUL HUKUM AGAMA aku sendiri.




Liputan Haji secara LIVE melalui youtube

Ikuti laporan Haji secara Live melalui laman YOUTUBE. 
Tapi agak pelahan sebab terlalu ramai di talian.


WASHINGTON - Laman YouTube serta Kementerian Kebudayaan dan Penerangan Arab Saudi bekerjasama untuk menyediakan liputan musim haji secara siaran langsung di Mekah.
"Berjuta-juta orang dari seluruh dunia boleh memberikan komen mengenai musim itu menerusi video," kata laman yang dimiliki Google itu.
Siaran langsung dari Mekah itu boleh dilihat di http://www.youtube.com/hajjlive
Lebih 2.5 juta jemaah haji Islam mula meninggalkan Mekah untuk berhimpun di Padang Arafah kelmarin yang merupakan lokasi Nabi Muhammad menyampaikan khutbah haji terakhir. - AFP

Saturday, September 17, 2011

Jambatan akar pokok... Di India...


DUA buah jambatan akar yang terdapat di kampung Nongriat, negeri Meghalaya, India.



NEW DELHI - Penduduk sebuah kampung di negeri Meghalaya, India membina sebuah jambatan dengan menggunakan akar pokok. Jambatan semula jadi itu berusia beratus-ratus tahun dan ia mampu untuk menampung berat 50 orang pada satu-satu masa. Ia dibina menerusi sistem mengalihkan akar pokok yang dilakukan oleh penduduk kampung tersebut sejak ratusan tahun lalu. Akar itu diajar supaya ia bergerak menyeberangi sungai. - Agensi

Lebih banyak di Laman ini:
http://rootbridges.blogspot.com/
In the depths of northeastern India, in one of the wettest places on earth, bridges aren't built - they're grown.

The living bridges of Cherrapunji, India are made from the roots of the Ficus elastica tree. This tree produces a series of secondary roots from higher up its trunk and can comfortably perch atop huge boulders along the riverbanks, or even in the middle of the rivers themselves.

Cherrapunji is credited with being the wettest place on earth, and The War-Khasis, a tribe in Meghalaya, long ago noticed this tree and saw in its powerful roots an opportunity to easily cross the area's many rivers. Now, whenever and wherever the need arises, they simply grow their bridges.

In order to make a rubber tree's roots grow in the right direction - say, over a river - the Khasis use betel nut trunks, sliced down the middle and hollowed out, to create root-guidance systems.
The thin, tender roots of the rubber tree, prevented from fanning out by the betel nut trunks, grow straight out. When they reach the other side of the river, they're allowed to take root in the soil. Given enough time, a sturdy, living bridge is produced.

The root bridges, some of which are over a hundred feet long, take ten to fifteen years to become fully functional, but they're extraordinarily strong - strong enough that some of them can support the weight of fifty or more people at a time.

Because they are alive and still growing, the bridges actually gain strength over time - and some of the ancient root bridges used daily by the people of the villages around Cherrapunji may be well over five hundred years old.

One special root bridge, believed to be the only one of its kind in the world, is actually two bridges stacked one over the other and has come to be known as the "Umshiang Double-Decker Root Bridge."





Click on any image for a larger view


All the credit for this blog goes to Atlas Obscura's Wonderful Post on living root bridges.
Many thanks to Thomas
Video from: Travel and... Action! Thanks Barbara, Jose and Gines

Friday, September 16, 2011

Lahir dengan fizikal orang tua

Pernah barangkali anda menonton filem yang dilakonkan Robin William yang dah akulupa tajuaaknya tetapi berkisar kepada kisah seorang kanak-kanak yang dilahirkan dengan penyakit yang sama dengan kisah dibawah iaitu mengalami pertumbuhan yang cepat dan melangkaui usia sebenarnya.

Dan kisah dibawah adalah realiti yang dialami oleh kanak-kanak ini.





DI sebalik senyuman menawan dan personaliti tersendiri, pemilik nama Ontlametse Phalatse tidak kelihatan seperti kanak-kanak sebayanya. Walaupun hanya berusia 12 tahun, kanak-kanak yang mempunyai cita-cita tinggi menjadi ahli psikologi itu kelihatan seperti orang dewasa.
Bahkan, doktor menjangkakan kanak-kanak malang itu hanya mempunyai jangka hayat kira-kira dua tahun lagi untuk meneruskan sisa kehidupan apabila didiagnosis menghidap progeria.
"Saya menggelar diri saya sebagai wanita pertama kerana merupakan kanak-kanak kulit hitam pertama yang mempunyai penyakit ini.
"Adakah anda mengetahui kanak-kanak kulit hitam lain yang mempunyai penyakit serupa dengan saya," ujar kanak-kanak itu ketika ditemui di rumahnya di Hebron berdekatan Pretoria di Afrika Selatan.
Ontlametse merupakan kanak-kanak kulit hitam tunggal yang masih hidup didiagnosis progeria. Ia merupakan penyakit yang jarang ditemui dan keadaan genetik mati sehingga mempercepatkan proses penuaan. Dikatakan pesakit itu hanya ditemui seorang dalam lapan juta kelahiran.
Selain daripada Ontlametse, dua kanak-kanak kulit hitam pernah didiagnosis mempunyai progeria tetapi, telah meninggal dunia di Amerika Syarikat dan Belanda.
Tidak ada siapa yang mengetahui jumlah sebenar kanak-kanak mempunyai progeria.
Bagaimanapun, pakar-pakar menganggarkan terdapat kira-kira 200 hingga 250 kanak-kanak menjalani kehidupan sebagai progeria pada satu masa.
Ibu Ontlametse, Bellon Phalatse berkata, bayinya kelihatan normal sewaktu dilahirkan tetapi, menyedari sesuatu tidak kena dengan anaknya itu.
Bayi tersebut sering menderita akibat ruam dan apabila mencecah usia tiga bulan Bellon menyangka dia mempunyai penyakit kulit.
"Sebelum sempat menyambut ulang tahun pertama, rambutnya mula gugur, kuku kelihatan tidak normal dan mempunyai masalah kulit malah, sering mengunjungi doktor," kata ibunya.
Tatkala usia baru mencecah tiga tahun, nasib malang terus membelenggu kanak-kanak malang itu apabila bapanya meninggalkan keluarga.
Walaupun, sering kali sakit, Ontlametse telah mendaftar memasuki alam persekolahan ketika berusia 6 tahun.
Nasib malang Ontlametse
BELLON tetap menyayangi anaknya biar pun dilahirkan dengan penyakit yang menyebabkan kepalanya botak, mata tersembul dan kulit berkedut nipis seperti seorang lelaki tua.


Bagaimanapun, langit tidak selalu cerah, apabila keadaan fizikal yang kecil dan kurus telah menyebabkan dia sering kali menjadi subjek penghinaan oleh rakan sekelas serta guru kerana disangka menghidap AIDS.
Afrika Selatan mempunyai catatan tertinggi penduduk hidup dengan AIDS berbanding negara lain tetapi penyakit tersebut masih memberi stigma kepada gaya sosial penduduk.
"Ia sangat teruk, saya tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan apa yang terpaksa diharungi oleh kami," kata Bellon.
Hanya pada dua tahun lalu, keadaan mula berubah apabila seorang kawan doktor mencadangkan agar Ontlametse menjalani ujian progeria dan memberi buku mengenai penyakit tersebut.
Walaupun mempunyai latarbelakang berbeza, kanak-kanak yang mempunyai progeria kelihatan seakan-akan sama.
Kanak-kanak itu kecil, mempunyai kepala yang besar dan botak, mata seperti tersembul serta tangan berbonjol-bonjol.
Mereka juga menderita akibat kulit nipis sekali gus kelihatan rangkaian urat biru di kepala bagi kanak-kanak berkulit cerah.
Bellon berkata, apabila urat anaknya membonjol, secara semula jadi naluri hati ibunya mengetahui Ontlametse mempunyai progeria dan doktor mengesahkan diagnosis tersebut.
"Kini, saya sangat gembira kerana telah memahami apa yang menyebabkan progeria," kata Bellon.
Kebanyakan kanak-kanak dengan penyakit itu akan meninggal dunia apabila berusia 13 tahun tetapi, diagnosis tersebut memberi pemahaman dengan lebih mendalam untuk memastikan Ontlametse hidup dengan lebih lama.
Pemeriksaan di AS
Dalam pada itu, setiap kali musim cuti persekolahan, Ontlametse dan ibunya akan berlepas ke Amerika Syarikat (AS) untuk mengikuti pemeriksaan dan penyelidikan ditaja Pertubuhan Penyelidikan Progeria di Hospital Kanak-Kanak Boston.
Penyelidikan dilakukan memberi peluang kepada dia menerima ubat terkini yang masih belum berada di pasaran lagi.
Apabila berada di negara asal, mereka berdepan kesukaran mendapat diet sihat yang diperlukan kanak-kanak itu.
Bellon yang tidak bekerja hanya bergantung harap kepada elaun hilang upaya yang diberikan kerajaan sebagai sumber rezeki keluarganya.
"Kadangkala apabila ibu mempunyai wang, dia akan membeli daun selada dan timun untuk dijadikan salad sebagai hidangan kami," katanya.
Peka terhadap kepalanya yang botak, Ontlametse akan sentiasa memakai topi apabila berada di sekolah. Salah satu senarai permintaan kanak-kanak malang itu adalah mempunyai rambut palsu yang direka khusus untuk dirinya.
Dia mempunyai dua orang kawan baik di dalam bilik darjah tetapi, tidak semua rakan kelasnya memberi layanan baik terhadapnya.
"Saya tidak kisah apa yang orang memperkatakan tentang diri saya. Saya juga manusia seperti mereka," katanya sambil menggerak-gerakkan tangan yang mempunyai artritis, jari-jemari kelihatan berbonjol dan kuku pudar.
PADA usia 12 tahun, saiz fizikal Ontla metse ternyata berbeza dengan rakan sekelasnya.


Tidak seperti di sekolah, tatkala berada di dalam rumah berbatu-bata yang terletak di bandar kecil Hebron kira-kira 80 kilometer utara Johannesburg, Ontlametse pasti akan menanggalkan topi.
Seperti kanak-kanak sebaya dengannya, dia akan melakukan kerja rumah, membaca, menonton televisyen dan membuat kerja harian.
Bagaimanapun, dia tidak dapat melakukan aktiviti fizikal sukan kerana akan memenatkannya.
Ontlametse yang mempunyai semangat kuat menyimpan cita-cita ingin bergelar sebagai ahli psikologi pada suatu hari nanti,
"Saya ingin membantu menyelesaikan masalah orang lain agar mereka dapat menerima keadaan diri seadanya kerana saya menerima siapa diri saya," katanya.
Bagaimanapun, untuk melihat dia hidup begitu lama memerlukan satu keajaiban.
Kanak-kanak yang mempunyai progeria akan meninggal dunia ketika berusia antara 8 hingga 21 tahun akibat serangan jantung.
Mereka juga akan menderita akibat tekanan darah tinggi, strok, angina dan hati membesar.
Mengenal pasti penghidap progeria
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pertubuhan Penyelidikan Progeria, Audrey Gordon berkata, terdapat beberapa lubang hitam dalam peta di pejabatnya bertaburan dengan penanda berwarna menunjukkan penemuan kanak-kanak hidup bersama progeria.
"Kita mengetahui terdapat kanak-kanak yang menghidap progeria di Afrika, China dan Rusia tetapi, tidak dapat berhubung dengan mereka," ujarnya lagi.
Dia berkata, penyelidikan mengenai progeria memperoleh banyak kejayaan selepas keluarganya menubuhkan pertubuhan tersebut pada tahun 1999 selepas anak saudaranya didiagnosis menghidap penyakit tersebut.
Pada tahun 2003, pertubuhan berkenaan menjadi pemangkin dalam penemuan gen progeria.
Dia berharap dapat membantu dalam memberi jawapan mengenai proses penuaan semula jadi dan penyakit kardiovaskular.
Sementara itu, saintis pertama yang menemui gen tersebut dan kini bertindak sebagai Pengarah Institut Kesihatan Kebangsaan, Dr. Francis Collins berkata, kanak-kanak yang menghidap progeria muncul secara mengejut.
"Tiada sejarah keluarga, tiada amaran, tiada sebab menunjukkan ia akan berlaku," katanya.

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock