TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, December 2, 2017

Kesesakan di Cameron Highlands semasa cuti Maulidur Rasul 2017


Seperti dijangka, Pakej cuti Maulidur Rasul iaitu bermula Jumaat bersambung dengan hujung  minggu dengan ditambah cuti sekolah, SPM dah habis dan paling utama selepas gaji menyebabkan Cameron Highlands mengalami kesesakan yang amat teruk.


Saya sendiri terperangkap dalam kesesakan di laluan yang jarang berlaku kesesakan iaitu Persiaran Dayang Endah yang tidak bergerak sejauh 500 meter dari simpang utamanya.


Dan kalau melihat dari laman facebook komuniti Cameron Highlands, rata-rata berkongsikan kisah kesesakan yang dialami mereka dari Tanah Rata ke Brinchang dan ke Kea Farm serta menjangkau ke Tringkap dan ada kawasan yang melibatkan kesesakan dalam kedua arah. 

Perjalanan sepuluh minit menjadi lebih dua jam. 

Berbaloikan percutian anda ketika ini? Tanya aje ni.... saya tanya aje....

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock