Saya sekadar nak kongsikan sekitar kunjungan saya sekeluarga ke Rose Centre di Kea Farm bulan lepas.
Sebenarnya ini adalah kunjungan pertama keluarga saya ke sini walaupun dah 11 tahun menetap di Cameron Highlands dan untuk saya ini kali kedua setelah kali pertama memasuki Rose Centre pada tahun 2001 yang lalu.
Rose Centre terletak di Kea Farm. Kalau anda nak ke sini anda kena melalui laluan gerai-gerai di Kea Farm dan terus ke bahagian dalam di mana sepanjang laluan adalah kawasan kebun sayur tradisional dan rumah-rumah petani di sini. Unik kerana pemandangannya agak menarik dan lain dari yang lain.
Tiket masuk RM 6 untuk dewasa dan RM 4 untuk kanak-kanak dan dibuka setiap hari.
Apa yang menarik di sini?
Dah namanya Rose Centre jadi, tarikan utama adalah koleksi bunga rose namun secara peribadi ketika kunjungan saya kurang menarik koleksi mereka kerana banyak bunga rose yang tidak terjaga.
Keduanya di sini adalah penambah nilai seperti lanskap tambahan dan miniature yang dibina.
Namun kunjungan untuk golongan warga emas atau OKU agak tidak sesuai kerana ianya bertingkat-tingkat dan berteres-teres yang memerlukan pendakian dari stau teres ke teres berikutnya.
Pemandangan di puncak Rose Centre adalah sekitar Kea Farm dan memang berbeza sedikit pemandangannya.
Malah jika anda perasan, ini lah kawasan atau lokasi filem The Journey dirakamkan dengan laluan ke pondok dan juga laluan pejalan kakinya.
Selebihnya saya kongsikan sahaja koleksi gambar kami ke sana. Cuma saya tak kongsikan gambar dari segi kormesial ya. Anda boleh google untuk melihat gambar sebegitu. Bukan apa, dok mendokong si anak kecil naik ke atas dah tak larat nak ambil gambar.
No comments:
Post a Comment