Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, December 12, 2016

Penambahbaikan kemudahan di Mossy Forest


Di Mossy Forest Cameron Highlands ianya sering dikunjungi oleh pelancong tempatan dan juga luar negara. Malah pintu masuknya adalah trek pendakian untuk ke Gunung Irau. 

Maka ratusan pengunjung di sini pasti tidak akan melepaskan untuk menyaksikan keunikan hutan lumut di puncak rabung sempadan Pahang dan Perak yang berada diketinggian 2000 meter dari aras laut. 

Lebih istimewa adalah mereka melakukanya dengan memandu sehingga ke pintu masuk Mossy Forest. 

Namun apa yang saya nak kemaskinikan adalah Pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang sedang menambahbaik kemudahan di sana dan antaranya adalah kemudahan tandas. 

Pasti amat dinantikan oleh pengunjung ke sana. Bayangkan kalau ada kecemasan...

Tapi sabar ya.. masih dalam pembinaan.

Untuk makluman Hutan Mossy Forest ditutup sementara sehingga Januari 2017 untuk soal keselamatan di musim tengkujuh ini. 

Insyalah bila dibuka nanti, tandas pun sama boleh digunakan. 

Taniah Jabatan Hutan...

No comments:

10 CATATAN TERKINI:

KOLEKSI CATATAN: