TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, December 24, 2015

Draf Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands 2030 (Penggantian) .... laluan jalan kaki dan berbasikal khas


Sekarang sedang berlangsung sesi pendengaran awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands 2030 (Penggantian) sehingga 18 Jan 2016.

Saya nak kongsikan apakah pelan perancangan majlis tempatan yakni Majlis Daerah Cameron Highlands untuk kegiatan sukan di Cameron Highlands. 

Saya teliti satu persatu projek setiap teras yang ingin dilaksanakan dari jilid 1 hingga 3.

Saya boleh katakan tiada!  

Selain hanya cadangan taman bandar berkonsepkan 'forest urban park' untuk tujuan rekreasi awam, tiada satu pun projek pembangunan kemudahan untuk  penggunaan bagi aktiviti sukan dan kegiatan belia mulai tahun 2030.‎ 

Tiada peracangan bagi tujuan sedemikian. 

Saya tak pasti dalam baki Rancangan Daerah Tempatan Daerah Cameron Highlands 2003-2015 yang sedang digunapakai dalam pembangunan daerah sekarang ada dan telah dibuat sebarang kemudahan sukan dan belia menyebabkan tiada keperluan untuk tahun 2030 ke atas. 

Atau mungkin ada unjuran tertentu yang digunakan untuk draf ini yang menunjukan tiada lagi wujud belia pada tahun 2030 ke atas di Cameron Highlands yang membolehkan tiada keperluan untuk perancangan sedemikian. 

Yang ada dalam Draf ini adalah hanya untuk aktiviti berbasikal iaitu cadagan membina laluan pejalan kaki dan berbasikal di sepanjang laluan dari kawasan Park & Ride di Habu melalui Jalan Persekutuan 59 ke Park & Ride Tringkap dengan perincian berikut:

a. Panjang  laluan adalah 22 km bermula di Park & Ride Habu hingga ke Park & Ride di Tringkap dan kembali semula menjadikan 44 km secara keseluruhan. 

b. Lebar laluan adalah 3 meter kedua arah seluas 132,000 meter persegi.

c. Lengkap dengan kawasan rehat dan lampu dilokasi tumpuan.

d. Kosnya melibatkan RM 300 setiap meter persegi atau RM38.6 juta dengan tambahan RM 22 juta untuk lanskap sepanjang 44 km.

e. Akan dilakukan akan dalam dua fasa iaitu 2018-2025‎ dan fasa kedua 2019-2015 (Ini saya keliru sikit).

f. Jadi kalau jadi bagus lah untuk projek bernilai RM60.6 juta ini berjaya direalisasikan. 



Cameron Riders berasakan keperluan tambahan yang mengekplotasikan keadaan alam sekitar perlu dirangka untuk aktiviti berbasikal seperti kawasan trek berbasikal lasak, tapak karavan dan perkhemahan serta pelan atur laluan berbasikal sama seperti konsep denai kembara sedia ada.  

Jom berikan pendapat.  Kita pastikan tiada pahat yang berbunyi selepas rumah tersergam indah... 

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock