Pertamanya, saya ingin menjelaskan bahawa saya bukan pihak yang
terlibat dalam penyediaan Draf Rancangan Tempatan Daerah Cameron
Highlands 2030 (Perngantian) ini.
Saya bukan kakitangan Majlis Daerah Cameron Highlands atau Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.
Saya memperolehi naskah mengenai draft ini ketika menghadiri pameran
bergerak mereka setelah tidak berkesempatan untuk hadir di majlis
pelancarannya.
Apa yang akan saya lalukan adalah berkongsikan maklumat dari setiap
mukasurat naskah yang saya perolehi ini dan sedikit ulasan yang mana
ianya juga merupakan antara cadangan dan bantahan yang akan saya
ajukan kepada kepada pihak terbabit.
Ini bukan nak mencari nama atau tunjuk hebat tetapi lebih kepada
tanggungjawab sebagai penduduk di sini dan apa yang saya ingin lihat
dalam tempoh mendatang.
Anda tak perlu menjadi seorang jurutera dan perancang bandar atau
perlu menjadi ahli mana-mana parti politik atau bermain politik.
Anda juga boleh melakukannya dan marilah sama-sama kita melakukanya
dengan cara yang sendiri.
Ruang dan masa yang diberikan agak singkat dan maklumat yang
diperolehi adalah dalam bentuk Ringkasan Eksekutif sahaja tanpa naskah
perancangan yang menyeluruh.
Apapun cukuplah maklumat tersebut dan ayuh kita sumbangkan idea dan
pandangan kita kepada pihak berkenaan.
Ingat .. jangan biarkan pahat berbunyi di kala rumah siap kelak... Nak tidur pun tak lena...
No comments:
Post a Comment