Semalam telah dilancarkan Pendengaran Awam Rancangan Tempatan Dawerah Cameron Highlands 2030 yang dilangsungkan di Hotel Century Pines , Tanah Rata.
Yang Amat berhormat Menteri Besar dan barisan Exco Negeri Pahang turut berada di sana selepas menghadiri MESYUARAT KERAJAAN NEGERI pada hari sebelumnya juga di Tanah Rata.
Kini draft Rancangan Temapatan Daerah ini dibuka untuk pengamatan awam selama sebulan untuk sebarang penambahan cadangan dan juga komen yang boleh membantu pelan pembangunan ini. Namun saya tidak pasti di mana pula ianya boleh diamati draf ini.
Insyallah akan saya kongsikan jika saya mendapat maklumat berkenaan lokasinya.
Jom kita sumbangkan idea dan juga cadangan dari kita supaya tidaklah pahat masih berbunyi dikala kunci rumah telah dalam gengaman... moden sikit ..
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment