Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

Buat Carian Pantas seperti tempat makan, tips bercuti, strawberry dan sebagainya di sini:

Rabu, 30 Disember 2015

Asyik bercuti ..jangan lupa anak ...


BANGI, Selasa – Pasangan suami isteri yang dilaporkan 'terlupa' telah meninggalkan anak lelaki mereka berusia enam tahun di Cameron Highlands, sebelum kedua-duanya yang dalam perjalanan pulang ke Sungai Koyan, Pahang, berpatah balik selepas menyedari tertinggal anak mereka.

Amirul Afiq Najmi Jamaluddin, dikatakan tertinggal di sebuah rumah di ladang teh di Jalan Besar Tanah Rata-Ringlet sebelum dijumpai oleh sekumpulan penunggang motosikal kira-kira jam 6.15 petang, semalam.

Kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi itu kemudian membawa kanak-kanak berkenaan ke balai polis Tanah Rata di mana berita penemuan Amirul Afiq mula disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.

Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Muhammed Rizal Kamarudin, berkata polis serta-merta melancarkan 'Ops Kesan', termasuk memaklumkan semua balai polis di daerah itu bagi mengesan keluarga kanak-kanak itu.

"Selepas kira-kira 35 minit, polis menemui keluarganya. Bapa kanak-kanak itu datang ke balai polis untuk mengambil Amirul Afiq.

"Bapa mangsa, Jamaluddin Baser diminta membuat pengecaman di Balai Polis Tanah Rata sebelum mengakui kanak-kanak terbabit anaknya.

"Jamaluddin memaklumkan dia dan isterinya tidak menyedari salah seorang anak mereka tidak berada dalam kenderaan ketika dalam perjalanan pulang ke Sungai Koyan selepas bercuti di sini," katanya.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...