Saya tahu, kalau gambar ini saya kongsikan anda mungkin risau keselamatan anda melalui laluan Simpang Pulai ke Cameron Highlands.
Dan mungkin ada yang marah sebab saya menakutkan pengunjung dan pengguna yang lain untuk menggunakan jalan ini khususnya ke Cameron Highlands.
Sabar...
Saya sekadar nak kemaskinikan status sahaja.
Jika anda perasan ini adalah bahagian yang sedang dibaiki di km 33 kalau tak silap saya. Jika anda melaluinya sekarang terdapat kerja-kerja pemulihan sedang giat dilakukan sejak setahun yang lalu.
Lencongan untuk laluan ini juga dibuat namun mungkin ramai yang tak perasan kerja-kerja tersebut kerana melibatkan bahagian cerun luar dan bukannya cerun dalam.
Berbeza dengan satu lagi lokasi pemulihan cerun di 2 km dihadapan lokasi ini yang memang jelas terdapat kerja-kerja pembinaan terowong darat bagi mengukuhkan cerun dalam.
Berbalik kepada keadaan cerun ini, ini aalah kali keduanya ianya dibaiki kalau tak silap saya sejak 8 tahun lepas dan ianya berulang kembali mungkin kerana ketidaksesuain rekabentuk dan bentuk permukaan dan geologi di kawasan terbabit.
Apapun selamat memandu... di kala anda selesa dan riang nak bercuti ..anda perlu sedikit menghargai ada keringat-keringat menitis untuk memastikan perjalanan anda bukan sekadar selesa tetapi selamat....
No comments:
Post a Comment