Catatan kali ini saya sekadar nak berkongsikan kunjungan kami ke Tham's Grape Farm yang terletak di Bertam Valley, Ringlet pada hari Sabtu yang lalu.
Saya pernah berkongsikan catatan mengenai ladang anggur beliau sekitar bulan Ogos yang lalu kalau tak silap di mana ketika itu buah anggur masih belum masak dan hanya berputik.
Dijangkakan sekitar oktober buah anggur akan mulai masak dan boleh dipetik. Memang benar pada pertengahan bulan Oktober yang lalu saya dimaklumkan buah anggurnya mulai masak dan kebun anggurnya mulai dibuka kepada awam.
Namun saya tidak mempunyai kesempatan ketika itu untuk membawa keluarga ke sana sehinggalah minggu lepas baru berpeluang.
Namun agak sedikit hampa kerana buah anggur di plot utama mereka telah habis dituai oleh pengunjung terdahulu berkonsepkan pengunjung boleh menuai sendiri buah anggur.
Yang kami pergi ini adalah plot kedua yang saya pernah kongsikan. agak jauh ke atas dan berpermukan bercerun namun masih berbaloi untuk membawa anak-anak kecil saya ke sana.
Namun perlu berhati-hati mendaki bahagian jalan untuk ke sana yang sedikit curam dan licin terutamanya ketika hari hujan sebegini.
Keseronokan kepada anak-anak saya adalah kerana mereka berpeluang memasuki kebun sayur yang selama ini dilihat dari dalam kereta dan mereka sedikit teruja untuk mendaki laluan ke kebun anggur ini.
Buah anggur di sini sudah masak dan bertambah teruja anak-anak untuk memetik sendiri buah-buah anggur namun harus diingatkan setiap petikan buah anggur dikira sudah membelinya.
Seronok memang seronok tetapi perlu dikawal supaya apabila buah ditimbang nanti tidaklah terlalu terperanjat pula.
Buahnya berwarna merah, berbiji namun manis rasanya. Malah kami memetik dua kilo buah anggur dengan harga RM 20 sekilogram yang mana agak sama dengan harga jualan buah anggur yang diimport dan dijual di pasaran.
Namun yang tidak dapat dilupakan adalah pengalaman memetiknya sendiri yang menjadikannya amat berbaloi biarpun sedikit lelah mendaki ke kebun anggur ini.
Saya menjangkakan kebun anggur ini sudah ditutup ketika catatan ini memandangkan buahnya sudah hampir habis ketika kunjungan ini.
Masakan tidak melihat setiap keluarga yang berkunjung ke sini membeli lebih sekitar 2-4 kg sekeluarga.
Insyallah kalau di lain musim akan saya kongsikan lagi catatan mengenai ladang anggur Tham ini dan harapan saya dapat ke plot utamanya pula.
Saya kongsikan sahaja gambar-gambar sekitar kunjungan kami ke ladang anggur ini.
Yang nak ke sana dan memerlukan panduan arah perjalanan anda, saya kongsikan panduan arah di dalam catatan terbaru saya didalam catatan terkini saya iaitu PANDUAN ARAH KE KEBUN ANGGUR LEMBAH BERTAM
Yang nak ke sana dan memerlukan panduan arah perjalanan anda, saya kongsikan panduan arah di dalam catatan terbaru saya didalam catatan terkini saya iaitu PANDUAN ARAH KE KEBUN ANGGUR LEMBAH BERTAM
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment