Musim anggur di Bulan Februari di Kebun Anggur Lembah Bertam agak mengecewakan jika dilihat dari hasil pengeluarannya yakni dari plot 2 anggurnya. Jadi ianya tidak viral kerana bekalan buahnya singkat dan sedikit sahaja.
Untuk makluman, SAYA BUKAN PEMILIK KEBUN ANGGUR INI dan TIADA KENA MENGENA DENGAN PEMILIKNYA. Cuma kebun anggur ini dekat dengan tempat kerja saya sahaja. Jadi jangan tanya saya itu, ini dan sana atau sinun mengenai kebun anggur ini ya. Dan jangan minta nombor telepon untie sebab saya tak minta dan simpan pun.
Seronok Untie bercerita mengenai kebun anggur kali ini sebab hanya saya dan dia dan pekerja banglanya yanag ada dalam kebun anggur semalam tanpa ada tetamu atau pelancong.
Catatan seterusnya saya kongsikan apa yang kami gossipkan semalam tetapi yang boleh anda masukakan dalam perancangan anda yang nak bercuti dan melihat dan membeli anggur dari kebun ini adalah ANGGARAN MUSIM BUAH ANGGUR SELEPAS RAYA.
Yang saya nak kongsikan, suasana buah anggur yang sedang hijau membesar...... belum meranum lagi .. sempat la nak buat apa yang patut.
Nanti saya kongsikan kemaskini dari kebun Untie ini. Saya tak ambik komisen tau ...
4 comments:
T.kasih banyak2 kerana membantu saya mendapatkan info musim anggur masak utk musim seterusnya dlm 2018..
saya x putus asa menggugel mencari info ladang anggur ulu bernam ni..
25 dec lps.. saya dpt ke blue valley atas info tuan juga..sempat berposing dgn anggur besar2 dan lebat..t.kasih..
X dpt ke ulu bertam sbb buah dah abis di sana..
Saya refer blog tuan.. dijangka April anggur ulu bertam masak..
Tapi x sedar kan.. awal mac ada sikit.. so dah terlepas..
So.... saya kena sabar menanti lps raya .. harap sangat tuan dpt update bila buah masak utk dipetik..
Semoga impian tercapai..
T.kasih sekali lg.. share info berguna .. semoga dipulangkan rezeki melimpah ruah pd tuan..
Tuan... Anggur ada lg ke?
tuan...bulan september 2018 ladang anggur ada berbuah ka?
Tuan hujung Mac 2019 ladang Anggur ada berbuah ke
Post a Comment