Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, March 11, 2018

Koleksi Burung di Cameron Highlands: Asian glossy starling



Saya temui burung Asian Glossy Starling ini di Lembah Bertam, Ringlet petang tadi. Burung ini dikenali dengan panggilan tempatan sebagai Burung Perling Mata Merah.

Saiznya agak sederhana dengan keseluruhan warna bulu hitam berkilat tetapi warna matanya merah saga dari famili Aplonis panayensis.

Saya sempat ambil gambar ini sekitar 3 keping sahaja sebelum ianya terbang dan tidak kembali walaupun hampir setengah jam saya menunggu pasangan Asian Glossy starling.


Apapun ini kali pertama saya melihatnya walaupun dalam jarak 15-20  meter sahaja dan tidak sampai 10 saat. Gambar pun nampak kecil tak sempat nak bergerak rapat dengan mereka.

Untuk mengetahui perincian Taksonomi burung ini, saya kongsikan di laman web AVIBASE ini. Klik

No comments:

CATATAN TERKINI DI MRKUMAI.BLOGSPOT.COM::

get this widget here

KOLEKSI CATATAN: