Burung terkukur ini saya temui di kawasan tempat kerja saya di Lembah Bertam.
Nama enggerisnya Spotted dove dan dalam bahasa tempatan ianya juga dikenali sebagai burung merbuk.
Tidak susah untuk menemui burung terkukur di sini kerana ianya banyak kelihatan di sekitar Cameron Highlands cuma sedikit liar seperti biasa.
Selebihnya saya kongsikan gambar-gambar burung terkukur ini dibawah.
Terkukur yang saya temui ini agak pendiam tanpa sebarang bunyi kicauan terkukur. Mungkin dia betina kut sebab yang selalu bunyi si jantan rasanya yang cuba memikat si betina.
No comments:
Post a Comment