TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, March 13, 2018

Koleksi Burung di Cameron Highlands: Spotted Dove @ Terkukur 5

Jangan marah saya sebab saya kongsikan lagi burung yang sama yakni Spotted Dove atau terkukur atau juga dikenali sebagai merbuk.


Nak buat macam mana , ini sahaja burung yang kerap saya temui di tempat kerja saya. Cuma lokasinya berbeza memberikan perspektif gambar yang sedikit berbeza.


Sebenarnya saya menunggu burung Assian Glossy Starling jika ianya datang kembali di lokasi semalam tetapi nampakanya si terkukur ini pula yang menyinggah dan menyantuni saya dengan aksi jinaknya.


Tapi biasalah,  jinak-jinak terkukur, makan ditangan, ditangkap lari...  tangkap pakai kamera pun dia lari jugak tapi cukuplah peluang nak mengambil gambarnya sekitar 2 hingga 3 minit berbanding burung-burung lain yang selalunya sekitar kurang 15 saat sahaja menyinggah.


No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock