TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, June 1, 2016

Selamatkah bercuti di Cameron Highlands?


Saya menerima beberapa pertanyaan dari kawan dan juga pembaca mengenai status Cameron Highlands sejak minggu lepas sebaik sahaja berita banjir lumpur dan jambatan runtuh akibat hujan lebat tersebar.

memang betul hujan lebat hari Ahad awal pagi minggu sudah sehingga mencatatkan 93 mm hujan dalam tempoh 3 jam sahaja. Ia memang lebat luar biasa.

Yang menerima kesan adalah di kawasan Kuala Terla iaitu 18 km dibahagian atas Utara Cameron Highlands dan juga limpahan air di sepanjang Sungai di Brinchang.

Saya terangkan tiada yang terjejas dan selamat di kunjungi. Malangnya saya ditanya lagi apakah selamat lagi untuk dikunjungi dan perlukan mereka membatalkan percutian mereka? Dan mereka merujuk kepada viral-viral di whatsap group, berita dan blog mahupun di facebook.

Dan saya terangkan lagi masih selamat tetapi masih ada pertanyaan yang malas nak jawab.

Saya bertanya.. errr Kuala Terla Jalan Terisu tu di mana ya ? Sebab sebarang jawapan saya akan dinafikan atau tidak dipercayai. Yang dijawab, entah , dalam Cameron la. Tetapi gaya bahasa seolah-olah dah khatam seluruh daerah Cameron Highlands. 

Cameron Highlands berkeluasan 72 ribu km persegi dan hanya sekitar 5000-7200u ha melibatkan penempatan. Seperti dengan bandar Kuala Lumpur yang banjir di Masjid Jamek tetapi anda boleh pergi ke Zoo Negara di Ampang tanpa masalah.

Terpulang kepada andalah untuk percaya atau tidak. Saban hari sama jumlah pengunjung yang tiba di sini dan masih tiada mana-mana penduduk yang terjejas teruk kecuali mereka yanga terlibat pada malam itu sahaja.

Terpulang juga kepada anda nak percayakan viral-viral berita yang anda terima ataupun dari kami yang menetap di sini.

Saya kongsikan petikan berita dari Harian Metro :

Cameron Highlands: Polis Diraja Malaysia nafi Cameron Highlands tidak
selamat dikunjungi sejak jambatan runtuh di Sungai Ulu Tenom, Ahad
lalu, seperti yang diwar-warkan di dalam media sosial.


Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Zainal
Abidin Othman berkata, keadaan semasa di Cameron Highlands adalah
selamat dan boleh dikunjungi semua pelawat.

"Cameron Highlands adalah pusat peranginan kepada pengunjung sama ada
datang dari dalam dan luar negara.

"Tiada apa-apa yang berlaku di sini seperti yang diwar-warkan di dalam
media sosial sebelum ini dan saya menegaskan ia selamat dan boleh
dikunjungi oleh semua pelawat.

"Nasihat dari saya jangan ada tomahan dan memanipulasikan fakta
tentang Cameron Highlands ini tambahan pula di waktu cuti sekolah
bermula," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zainal Abidin berkata, berhubung bencana jambatan runtuh itu pula,
pihaknya dan pelbagai agensi lain termasuk Majlis Keselamatan Negara
(MKN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Imigresen Malaysia
(JIM) serta beberapa agensi lain sudah membuat lawatan ke lokasi
kejadian.

"Didapati jambatan berkenaan masih lagi dalam tindakan pembinaan
semula dan dijangka siap dalam tempoh terdekat. Jambatan ini yang
dikatakan jambatan utama laluan keluar dan masuk runtuh akibat hujan
lebat tempoh hari serta derasan kuat air sungai dipercayai menghakis
tebing berhampiran.

"Lokasi kejadian jambatan runtuh itu terletak di persimpangan tiga
jalan utama dari Tringkap ke Pos Trisu sejauh lebih kurang 1km ke
jambatan kecilberkenaan," katanya.

Menurutnya, pemantauan masih diteruskan pihak berkuasa dan keadaan di
sini adalah selamat untuk dikunjungi.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock