TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, September 20, 2021

Zappey's Flycatcher.

 Seawalnya saya keliru dengan ID burung ini kerana tidak pernah saya temui setakat ini dan samar-samar dengan beberapa ID burung yang seakan sama sepertinya. Namun dengan pertolongan otai2 birder saya dapat ID sebenar burung ini iaitu Zappey's Flycatcher. 

Nama tempatannya juga tidak diketahui dengan hanya nama saintifiknya adalah Cyanoptila cumatilis. Burung ini berasal dari Tengah Negara China dan ketika musim sejuk mereka akan ke Asia Tenggara seperti Semenanjung Malaysia dan Thailands. 

Jenis burung ini pertama kali saya temuinya kelmarin di tempat kerja saya dalam kawanan sekitar 3 atau 4 ekor. Hari ini dah tak nampak pulak. Kata Otai Birder biasanya dia akan berada sekitar 3-4 hari sahaja di suatu kawasan sebelum bergerak lagi ke lokasi lain dan ini mengesahkan kenapa saya tidak menemui lagi di lokasi yang sama sejak semalam . 

Yang saya temui ini adalah burung jantan dengan warna biru muda dan berdada putih. Ada carikkan warna kehitaman sedikit di sekitar leher dan juga matanya. Besarnya sekitar 20-30 cm sahaja yang saya temui semalam. 

Apapun saya rasa bertuah kerana perasan dengan kehadirannya kali ini di Cameron Highlands. Terima Kasih kepada otai birder Ustaz Suhaimi My dan Cikgu Hooi Kum Woh yang membantu carian ID burung ini. 

Mereka ini sentiasa membantu. Tambah racun sikit; Hari ini nampak Cecawi anting-anting sayup terbang jauh di seberang lembah ... ini lagi geram wooo.. tapi tak sempat nak ambil gambar ....








No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock