TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, September 20, 2021

Pucung Seriap (Grey Heron)

Sepanjang 2 tahun lebih memburung di Cameron, Highlands, inilah kali pertama saya nampak burung Pucung Seriap ini. Selalunya hanya Purple Heron atau Pucung Serandau. 

Jadi biarpun gambar2 ini yang tak berapa jelas dan cantik ditambah masa tu hujan lebat dan agak terlalu jauh untuk lensa pendek saya, saya buat album ini sebagai arkib simpanan saya semata sebagai buat pertama kali saya temuinya di Cameron Highlands. . 

Burung Pucung Seriap ini adalah salah satu daripada spesis keluarga pucung. Burung ini dikenali dengan nama tempatan yang lain iaitu Burung Bangau Air. Nama enggerisnya Grey Heron. Manakala nama saitifiknya adalah Ardea cinerea dan sub spesis yang ditemui sekitar Malaysia, Jepun, China, Indchina, Sumatera dan Kepulauan Jawa adalah Ardea cinerea jouyi. 

Burung ini bersaiz agak besar sekitar 2 kaki lebih dengan leher yang panjang. Warnanya jelas kepada kelabu dengan bulu di bahagian bawah kepaknya bewarna hitam yang akan kelihatan jika ia terbang. 

Burung ini agak tenang dan tidak bergerak terlalu laju. Jadi untuk mengambil gambarnya agak mudah walaupun dari jauh. Burung-burung hijrah nampaknya dah singgah dan sampai di Cameron Highlands seminggu dua ni.





No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock