Pewangi tiruan tidak menjalani ujian standard keselamatan yang diwajibkan kepada semua produk kosmetik seluruh dunia. Untuk mendapatkan harga yang murah, sudah tentulah kandungannya juga mengandungi bahan-bahan yang murah dan akan menyebabkan alahan kepada pengguna yang mempunyai kulit yang sensitif dan mungkin juga boleh meninggalkan kesan kecacatan yang nyata.
Berhati-hati dengan stok lapuk atau sudah rosak
Pewangi juga boleh rosak. Jangka masa untuk ia rosak bergantung kepada suhu, cahaya dan berapa lama ia disimpan. Kadangkala apabila sesuatu kedai yang menjual pewangi ditutup, mereka menjual stok pewangi mereka yang sudah lama. Pewangi yang sudah lapuk ini biasanya dijual di laman lelongan, kedai-kedai diskaun pada harga yang sangat-sangat murah. Jangan tertipu. Sentiasa pastikan yang penjual menjual pewangi yang masih segar(baru), bukan stok lama. Bagaimana anda boleh mengenalpasti bahawa ia adalah pewangi tiruan atau original?
Di sini terdapat beberapa tip mudah bagaimana untuk membezakan antara pewangi tulen dan tiruan:
- Pastikan penjual mempunyai reputasi dan dipercayai.
- Pembungkusan. Semak kualiti pembungkusan seperti kotak dan rasai ketebalan dan kejelasan tulisannya. Pewangi yang tulen tulisan jenama (brand) pewangi itu tidak pudar dan hilang walaupun telah lama dipakai. Cuba rasa dengan jari tulisan adalah timbul dan bukan dicop. Walaupun kadangkala cara begini tidak boleh dijadikan ukuran, tetapi kebiasaannya pewangi yang tulen mempunyai kualiti pembungkusan yang sangat bagus.
- Semak tanda-tanda gam berlebihan untuk melekatkan kotak dan sebagainya. Ini disebabkan pewangi tulen tiada lebihan gam dan pembungkusannya amat teliti.
- Kotak luaran. Semak kualiti dan bahan yang digunakan - ketebalan dan warna - tanda-tanda lipatan dan pinggiran kotak tersebut.
- Cetakan. Semak informasi yang dicetak pada luaran kotak. Saiz, negara ia dikeluarkan, salah ejaan, logo dan cap dagang(trademark). Semak cara cetakan - biasanya diembos dan mempunyai kualiti cetakan yang sangat berkualiti dan biasanya pelekat berwarna lutsinar, perak atau tulisan berwarna keemasan, perak dan hitam.
- Semak Nombor Batch.
- Dalam kotak. Semak kualiti keseluruhan bahan digunakan. Warna dan saiz.
- Bentuk botol. Semak kualiti keseluruhan botol. Tinggi, lebar dan reka bentuk botol. Botol yang tulen adalahd sempurna.
- Kaca botol. Semak keseluruhan kualiti. Ketebalan, kejelasan, bentuk. Kaca botol yang tulen adalah tebal.
- Tudung botol. Semak saiz, warna dan bentuk.
- Kepala penyembur. Semak kualiti keseluruhan, warna dan kehalusan atau kelicinan semasa membuat semburan.
- Tiub dalaman penyembur. Semak kualiti. Ketebalan, panjang dan warna.
- Label botol (utama). Semak kualiti cetakan, saiz, reka letak dan cari untuk bentuk yang diembos.
- Label bawah. Semak kualiti cetakan, saiz dan informasi yang tepat.
- Kod bar. Semak nombor, saiz dan sama ada ia boleh discan.
- Warna pewangi. Semak warna pewangi sama ada ia konsisten atau pun tidak.
- Minyak berlebihan. Pewangi yang tulen kurang berminyak.
- Bau. Semak bau sama ada ia menyenangkan atau pun tidak, kadang-kadang yang tiruan berbau bahan kimia.
- Tahan lebih lama. Cuba untuk beberapa jam. Sepatutnya bau wangian tersebut tahan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam atau lebih.
- Tindak balas pada kulit. Semak jika terdapat kegatalan, kemerahan, ruam atau pengelupasan.
- Semak pada bahagian bawah botol. Biasanya kita akan dapat lihat kualitinya di bahagian bawah botol tersebut seperti tulisandiembos (timbul) dan mempunyai pelekat produk.
info : consumer info
No comments:
Post a Comment