TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, June 20, 2011

Pembantu Rumah Asing mendapat Diploma...

Pagi ini , muka surat depan Berita Harian kita boleh membaca bagaimana seorang pembantu rumah dari Indonesia berjaya memperolehi Dilpoma sambil bekerja. Pertama , tahniah untuk beliau.. kedua tahniah untuk majikan beliau yang sungguh membantu dan menyokong... 

Minggu lepas, kita didedahkan bagaimana sepasang majikan didakwa mendera pembantu rumahnya sampai mati. Kita menyedari ini bukanlah gambaran sebenar bagi mengambarkan sikap majikan di Malaysia namun kita percaya, berita ini pastunya sekali lagi memberi gambaran yang salah di sana. 

Moga-moga kita dapat memberikan gambaran, satu tidaklah mengambarkan yang semuanya dan kita juga berharap isu yang timbul ditangani dengan bijaksana.

Cuma berbalik kepada kisah ini, aku sebenarnya rasa tercabar, dalam suasana majikan menggalakan pekerja meningkatkan kelulusan pun masih tidak ambil peluang, inikan pula Sarmini yang jauh merantau mencari rezeki di bumi asing tetapi masih mampu mengejar impian memiliki diploma. Apatah lagi jutaan muda mudi kita yang berkelayakan dan mampu untuk berusaha tetapi lebih senang meilih arah yang berlainan.

Syabas kepada keduanya , Sarmini dan majikannya... 

Pembantu rumah lulus diploma OUM
Oleh R Sittamparam
sittam@nstp.com.my
2011/06/20

 SARMINI   menunjukkan   surat jemputan ke majlis konvokesyen kepada Phooi Khuan dan anak majikannya di rumah mereka di Damansara Utama, kelmarin.
SARMINI menunjukkan surat jemputan ke majlis konvokesyen kepada Phooi Khuan dan anak majikannya di rumah mereka di Damansara Utama, kelmarin.
Warga Indonesia belajar separuh masa dapat CGPA 3.39KUALA LUMPUR: Warga Indonesia, Sarmini Muhyadi, 28, yang bekerja sebagai pembantu rumah sejak tujuh tahun lalu bersama sebuah keluarga di Damansara Utama di sini, berjaya menamatkan pengajian bidang pengurusan secara separuh masa di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) hujung tahun lalu.

Anak kelahiran Kampung Banyumas, Jawa Tengah itu yang memperoleh mata purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.39 akan menerima Diploma Pengurusan pada hari ketiga Konvokesyen ke-10 OUM di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini

Majikannya, Tan Choo Tang, 56, yang juga pensyarah bidang reka bentuk industri dan isteri, Wee Phooi Khuan, 47, bersama anak serta beberapa ahli keluarga mereka yang lain banyak membantu Sarmini menamatkan pengajiannya terutama dari segi pengajaran bahasa Inggeris.

“Majikan sentiasa menganggap saya sebagai ahli keluarga mereka selain memberi layanan baik sehingga sanggup membiayai sebahagian daripada kos pembelajaran di OUM. Tanpa mereka tidak mungkin saya mengecapi kejayaan ini.“Saya datang bekerja ke Malaysia sebagai pembantu rumah bertujuan mengumpul duit dan mahu menyambung pelajaran sebelum menjadi guru dalam bidang keagamaan di salah sebuah sekolah kerajaan di Indonesia.“Hari ini, saya gembira kerana mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Melayu dan Inggeris selain mempelajari penggunaan komputer dan turut mahir dalam teknologi maklumat dan komunikasi, ” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin. 


Sarmini berkata, adik ipar Choo Tang, Wee Chooi Khean yang bekerja sebagai pengurus syarikat buku turut membantunya dalam tugasan pengajian selain sanggup menghantarnya ke OUM untuk menduduki peperiksaan.  


kredit sumber :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PembanturumahlulusdiplomaOUM/Article

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock