TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, June 17, 2011

Koperasi Permodalan Felda .. Pinjaman dari Maybank

Sekali lagi mencedok catatan web kawan saya http://feldakumai.com ... tak pe dia mesti suka sebab saya sebarkan maklumat yang berguna untuk yang lain.. Pinjaman dari Maybank Termerloh sehingga RM 50 ribu.. siap dengan pengiraan sekali tu ... bagus betul si auditor dan akuantan ni ..


Jom kita kongsi maklumat ini..


Sepertimana yang kita ketahui, Koperasi Permodalan Felda (KPF) bakal mengumumkan bonus pada bulan June ini dan kepada yang dah melabur tu mesti happy bila dengar dividen yang bakal diumum mencecah 14%. KPF merupakan salah satu pelaburan yang menguntungkan buat masa ini. Jika dibandingkan dengan ASB, dividen ASB hanyalah sekitar 8%.

 Maybank Temerloh .. mana tahu dah lupa jalan....
Apa yang saya nak ceritakan hari ini ialah berkenaan dengan pinjaman KPF ataupun pinjaman dari bank untuk kita melabur dengan KPF. Saya baru sahaja bercakap dengan pegawai Maybank Temerloh, dan pegawai tersebut mengesahkan bahawa Maybank Temerloh memang ada menawarkan pinjaman untuk pelaburan KPF.
Butiran lanjut mengenai pelaburan tersebut seperti berikut:
Jumlah maksimum pinjaman : RM50,000
Jumlah pinjaman: Sehingga 90% (maknanya jika kita ingin meminjam RM50,000 kita perlu sediakan RM5,000 dan bank akan memberi pinjaman RM45,000)
Tempoh pinjaman: Sehingga 10 tahun.
Kadar Faedah : BLR + 1.25% (Kadar BLR semasa ialah 6.6%)
Ok, ramai yang bertanya kepada saya, untung ke kalau buat pinjaman? Mari kita kira sama-sama. Saya andaikan kita meminjam RM45,000 untuk tempoh 10 tahun.
Pinjaman = RM50,000
Bayaran bulanan = RM670 sebulan ataupun RM8,040 setahun
Dividen tahunan = RM50,000 x 14% = RM7,000
Berdasarkan pengiraan mudah diatas, tahun pertama kita perlu mengeluarkan RM8,040 dan tahun berikutnya kita gunakan dividen untuk membayar ansuran bulanan tersebut. Ini bermakna, kita akan hanya mengelurkan RM8,000 + RM1,040 x 9 tahun = RM17,400 selama 10 tahun. Selepas 10 tahun anda sudah ada RM50,000 didalam akaun KPF anda. Anda sudah untung lebih kurang RM32,600 dalam masa 10 tahun.
Sebenarnya, jika kita tidak mengeluarkan dividen tersebut untuk tempoh 10 tahun, dan hanya menggunakan duit gaji kita untuk membayar ansuran bulanan, kita akan menggandakan lagi keuntungan kita. Cuba perhatikan pengiraan dibawah:
Ansuran Bulanan selama 10 tahun = RM80,325 (RM670 x 12 x 10 tahun)
Baki tahun 1 = RM50k + 14%(RM50k) = RM57,00
Baki tahun 2 = RM57,000 + 14%(RM57k) = RM64,980
Anda kira sendiri la detail sampai tahun 10.
Baki tahun 10 = RM185,361
Keuntungan anda = RM185,361 – RM80,325 = RM105,036
Dari contoh yang saya buat di atas anda sudah ada RM185k pada tahun ke-10 dengan keuntungan bersih RM100k. Kesimpulannya, pinjaman ini memang menguntungkan selagi mana kadar faedah tidak melebihi dividen tahunan tersebut.
Lepas baca artikel ni boleh la kita ramai-ramai serbu Maybank Temerloh. Dan kepada yang masih belum menjadi ahli KPF, sila baca artikel saya Menjadi Ahli KPF.
Amacam , saya dah jumpa balik borang KPF ni.. nak isi dan segera hantar...

8 comments:

Isabella Charlotte said...
This comment has been removed by a blog administrator.
frank queens said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Slamet Raharjo said...
This comment has been removed by a blog administrator.
SURYANTO SURYANTO said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Nur Khomariyah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
SAFRILITA SAFRILITA said...
This comment has been removed by a blog administrator.
aditya.aulia139@gmail.com said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Syifa Agus said...
This comment has been removed by a blog administrator.

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock