Aku mencari koleksi gambar lama Bandar Kuantan, tapi yang aku temui adalah Bandar Lama Ipoh... dari laman ...kembarakita yang sungguh menarik dengan koleksi yang betul-betul lama..
Sejarah:
Terdapat beberapa versi asal usul nama Bandaraya Ipoh dan mengikuti wikipedia nama Ipoh diambil dari pohon 'epu' atau lebih dikenali sebagai pokok Ipoh yang getahnya beracun dan digunakan oleh Orang Asli untuk panahan sumpit mereka.
Untuk perician sejarah Bandaraya Ipoh , aku berkongsi maklumat dari Portal Rasmi MBI yang memperincikan pembangunan Bandaraya ini dari awal seperti berikut:
Sehingga tahun 1880-an, Sungai Kinta menjadi perhubungan utama di antara Ipoh dengn kawasan-kawasan lain dalam atau luar negeri Perak.
Selepas tahun 1874, perkembangan daerah Kinta amat lembab terutama masalah perhubungan melalui Sungai Kinta.
Kenderaan seperti sampan, gajah dan kereta lembu memakan masa yang lama. Dalam tahun 1884, jalan raya wujud menghubungi kawasan perkampungan Gopeng dan pelabuhannya di Kota Bharu dan seterusnya menghubungkan kawasan perlombongan Papan dengan Batu Gajah
Sehingga tahun 1889, hospital telah mula dibina di Ipoh dan hospital baru pula dibina di antara kawasan stesen keretapi dan Balai Polis Pusat. Manakala tahun 1889-1890. Dalam tahun 1893, lebih separuh rumah-rumah atap telah di robohkan dan diganti dengan bangunan-bangunan jenis batu, begitu juga longkang dan parit telah diperbaharui. Jalan-jalan disusun semula dan pokok-pokok untuk berteduh ditanam. Dalam tahun ini juga, 'Ipoh Sanitay Board' telah diwujudkan dan ia bertanggungjawab tentang kebersihan Ipoh. Dalam bidang pelajaran, Sekola Menengah Rendah Inggeris yang pertama di daerah Kinta telah dibina dalam tahun 1895 dan dikenali sebagai Anglo Chinese Boys,Ipoh.
Ipoh telah menjadi bandar yang terbesar di negeri Perak dan kedua besarnya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1895. Pada masa itu juga perhubungan jalanraya antara Ipoh dengan tempat-tempat lain di lembah kinta diperbaiki. Jambatan kayu menyeberangi sungai kinta diganti dengan jambatan besi pada tahun 1900.
Perkhidmatan dan kemudahan awam disediakan.Pembekalan bahagian sistem pembentungan ditubuhkan pada tahun 1898 dan diperkenalkan penggunaan tangki najis pada tahun 1905. Kawasan lapang pertama telah diadakan pada tahun 1898 yang kini dikenali sebagai 'Padang Ipoh'. Padang kelab Luba Perak dibina pada tahun 1904, 'Peoples Park dan kawasan memperingati J.W.W Birch ( James Ewheeler Woodford Birch) telah dibina pada tahun 1909.
Di antara tahun 1905-1914, kawasan pentadbiran bandar Ipoh berkembang hingga menyeberangi sungai kinta dan di sini wujudnya pekan baru (Ipoh New Town) ke jalan Anderson. Stesen keretapi, hotel, dewan bandaran (town hall), dan pejabat pos juga dibina. Begitu juga panggung wayang dan kenderaan bermotor telah mula mengambil tempat di Ipoh.
Perkhidmatan bas bermula pada tahun 1910 dan tahun 1911. Pejabat pendaftar kereta motor telah ditubuhkan di Ipoh. Pada tahun 1905-1915, 'Kinta Saitary Board North' telah diwujudkan dan tahun 1916-1941 'Kinta District Board' yang diwujudkan diketuai oleh A.S Jelf di bawah pentadbiran 'British Military Administration' mengambil tempat.
Manakala dalam tahun 1946-1954, 'Kinta Town Board' telah wujud yang bermula di bawah penyelarasan Major J.S Drake dan pada tahun 1954-1956, G.S Walker menjadi pengerusi 'Ipoh Mengelembu Town Council' ditubuhkan pada tahun 1957-1962 diketuai oleh Encik Abdullah Bin Uni. Pada 31 Mei 1962, Ipoh telah dinaikkan ke taraf perbandaran dan dikenali sebagai 'Majlis Perbandaran Ipoh' yang dipengerusikan oleh E.G Walker.
Pada 27 Mei 1988, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah mengishtiharkan taraf Bandaraya kepada Ipoh, Ibu negeri Perak Darul Ridzuan. Majlis Perbandaran Ipoh dikenali sebagai 'Majlis Bandaraya Ipoh' dan ketua eksekutifnya bergelar Datuk Bandar.
Populasi:
Berkeluasan 643 km persegi menjadikan Bandaraya ini sebagai keempat terbesar selepas Kuala Lumpur, Gerogetown dan Johor Bahru. Bandar Ipoh lama terbahagi kepada dua dengan dipisahkan oleh Sungai Kinta iaitu Ipoh Lama dan Ipoh Bahru.
Dihuni seramai lebih 700,000 orang penduduk menjadikan bandaraya yang terletak pada paras ketinggian 21.95 meter dari paras laut ini begitu cepat membangun sementelahan lagi ianya merupakan ibu negeri Perak. Dengan masyarakat Kaum Cina mendahuli majoriti pendudukan seramai 451,361 orang atau 70 % dari jumlah 644,802 orang yang dicatatkan pada bancian 2004. Kaum Melayu sekitar 109,616 orang dan India seramai 80,600 orang penduduk.
Ipoh adalah antara bandar yang amat popular dan berkembang pesat sedari awal sejarah penubuhan negara kita. Kita biasanya akan mendengar Penang - Ipoh - Kuala Lumpur - Melaka - Singapore sebagai rangkaian bandar utama. Sebab itulah jika anda menyelusuri Bandaraya Ipoh, anda akan menemui banyak susun atur bangunan yang agak klasik dan menarik dilihat.
Aku boleh dikatakan selalu ke Ipoh sebab duduk di Cameron Highlands, bandar Ipoh adalah yang terdekat sekitar 1 jam 15 minit perjalanan melalui Simpang Pulai. Kadang-kadang ingin berehat dan membeli belah atau ayat popular gian nak tolak trolley maka selalunya Bandar Ipoh menjadi pilihan.
Kalau anda menginap di Ipoh pada hujung minggu, apakata anda singgah sebentar ke Pasar Down Memory Lane atau dikenali dengan jolokan Pasar Karat di tengah bandaraya ini seperti gambaran ini ;
Klik pada gambar ini untuk melihat klip gambar yang lain sebanyak 62 keping semuanya.
kredit untuk http://kembarakita.multiply.com/photos/album/12/Gambar-Gambar_Lama_Ipoh# ... aku sekadar berkongsi maklumat dengan anda...
No comments:
Post a Comment