Menjelang cuti sekolah ini, saya diajukan soalan-soalan berkaitan bercuti di sini antaranya jalan manakah yang paling sesuai, selamat dan selesa...
Saya tiada jawapan kerana bergantung kepada anda. Jika saya laluan Tapah menjadi kegemaran kami tetapi pastinya tidak menepati anda pula nanti.. jadi saya kongsikan catatan saya mengenai laluan ke sini untuk anda baca dan buat perbandingan serta pilihan kelak...
Laluan Simpang Pulai - Kg Raja, Cameron Highlands:
Laluan ke Cameron Highlands
selain laluan Jalan Pahang (Tapah) dan JalanPos Betau yang pernah saya kongsikan
dahulu adalah laluan Simpang Pulai ke Tanah Rata. Laluan yang kedua dibina
selepas Jalan Pahang pada tahun 2000 ini amat popular kepada pelancong yang mahu
ke tanah tinggi ini.
Laluan ini bermula di Simpang Pulai, Perak ataupun Ipoh ini merupakan jajaran baru yang bukan sahaja menghubungkan daerah ini tetapi kemudian dilengkapkan dengan laluan merentasi Daerah Kecil Lojing sehingga ke Daerah Gua Musang, Kelantan.
Jalan Pahang (Tapah ke Ringlet):
Kisah mengenai Jalan Pahang
ataupun dikenali juga dengan Jalan Tapah -Ringlet pastinya tidak akan lengkap
tanpa mengaitkannya dengan kisah masyarakat Orang Asli yang sememangnya telah
lama berada dan bertapak di jajaran jalan ini.
Malah agak unik kerana
rata-rata kehidupan mereka masih berindentitikan kebudayaan asal mereka seperti
kegiatan harian memburu, menuai hasil hutan dan sebagainya.
Manakala kehidupan harian juga berlatarkan perkampungan orang asli yang masih berumahkan buluh dan beratap rumbia. Bekalan air masih menggunakan air sungai hutan semulajadi.
Lokasinya masih sekitar hutan belantara samada di atas bukit, pinggir bukit ataupun tebing sungai malah menghampiri kepada empangan janakuasa elektrik milik TNB.
Manakala kehidupan harian juga berlatarkan perkampungan orang asli yang masih berumahkan buluh dan beratap rumbia. Bekalan air masih menggunakan air sungai hutan semulajadi.
Lokasinya masih sekitar hutan belantara samada di atas bukit, pinggir bukit ataupun tebing sungai malah menghampiri kepada empangan janakuasa elektrik milik TNB.
Jalan Pos Betau (Sungai Koyan) ke Ringlet:
Dalam beberapa catatan saya
terdahulu samada ditulis sendiri atau memanjangkan catatan pihak ketiga ada saya
terangkan bahawa untuk sampai ke Cameron Highlands boleh melalui 4 laluan tidak
termasuk laluan udara.
Pertamanya laluan lama yang menjadi nadi kepada daerah perlancongan ini iaitu Jalan Pahang ataupun lebih dikenali dengan jolokan nama Jalan Tapah- Ringlet.
Jalan Gua Musang- Lojing - Cameron Highlands :
Catatan keempat mengenai
laluan ke Tanah Tinggi Cameron ini dilengkapi dengan laluan Gua Musang - Lojing
- Cameron Highlands. Laluan baru ini dibina sekitar tahun 2000 menghubungkan
Negeri Kelantan dan Pahang melalui Daerah Gua Musang.
Kedudukan laluan Gua Musang- Cameron Highlands ke Simpang Pulai atau ke Tapah atau ke Raub atau ke Kuala Lipis dapat anda lihat dari cetakan Google Map ini. Semuanya menghubungi Cameron Highlands. |
Pada tahun 2009, Jajahan Kecil
Lojing diwujudkan bagi memisahkan pentadbirannya dengan Jajahan Gua
Musang.
Laluan sejauh 121 km ini
menghubungkan Gua Musang melalui laluan utaranya sebelum kembali ke arah barat
ke Lojing. Laluan ini sama seperti di laluan Simpang Pulai dimana jajaran baru
ini melengkapkan perhubungan di antara Negeri Kelantan dan Negeri Pahang dan
Negeri Perak.
Klik untuk catatan penuh. Klik
Jadi keempat-empat laluan ke Cameron Highlands telah anda baca dan tentunya mempunyai pilihan yang mana satu akan digunakan nanti mengikut lokasi dan arah perjalanan anda.
No comments:
Post a Comment