Penamat TT seperti edisi yang lalu masih di tempat yang sama iaitu padang milik TNB di Habu.
Lokasi ini dialui terlebih dahulu seawal pagi oleh semua Rider dan kembali semula ke sini untuk penamat dan majlis seterusnya.
Melihat kepada kesungguhan para rider berusaha untuk menamatkan laluan TT memang terserlah.
Juga melihat kepada kegembiraan mereka berkumpul selepas makan tengahari dan masih belum berganjak dari padang ini dengan masing-masing memegang tag basikal untuk cabutan nombor bertuah.
Cuaca mendung walaupun jam menunjukan pukul 12 tengahari hinggalah ke penamatnya bagaikan payung besar di samping penghawa dingin yang tidak boleh ditutup.
Semua puas walaupun ada kekurangan sana sini. Insyallah saya percaya pihak penganjur akan mengambil kira kelemahan dan kekurangan tersebut untuk dipertingkatkan di masa akan datang.
Melihat dari deretan basikal yang dikumpulkan di setiap sudut padang menceritakan berapa ramai yang menyertai TT kali ini.
Ini belum dikira dengan mereka yang masih berjuang menamatkan cabaran di dalam ladang teh untuk ke lokasi penamat ini.
Saya kira banyak pengalaman yang telah dikumpul oleh peserta. Pahit manis atau pun baru dan lama.
Yang mendapati ianya menyeronokan pastinya kisahnya akan disebarkan kepada rakan-rakan yang lain untuk menyertainya di masa hadapan.
Yang serik diharapkan anda lebih berusaha gigih melakukan persiapan untuk menjadikan anda lebih bersedia di edisi yang akan datang. Jangan serik!!!
Kami juga amat seronok dapat menjadi tuan rumah kepada anda...
Yang baik datangnya dariNya dan buruk itu tentunya dari kelemahan kami sendiri..
Sehingga kita berjumpa lagi ... jom lihat koleksi di garisan penamat TT.. SINI
No comments:
Post a Comment