Catatan ini saje-saje dibuat. Saya menerima 4 soalan mengenai keselamatan mendaki atau melalui laluan Tapah ataupun nama sebenarnya Jalan Pahang ini dalam masa seminggu. Maklumlah, cuti sekolah akan bermula esok.
Nak kata semuanya sempurna tidak boleh sebab sebelum semalam, saya kali terakhir melaluinya pada cuti hari raya haji yang lalu.
Namun semalam, saya melaluinya kembali sendiri kerana perlu menghadiri tugasan di Kuala Lumpur.
Saya bertolak seawal 5.15 pagi semalam dengan sedikit hujan renyai mengiringi saya dan pulang juga seawal waktu yang sama pagi tadi.
Dan saya rasa saya lebih baik berkongsikan pengalaman naik kerana akan dilalui oleh anda dari arah yang sama kelak jika menggunakan jalan ini.
Seawal 5.16 pagi saya melepasi Tol Tapah dari Kelana Jaya dengan bayaran sebanyak RM 19.20. Jajaran yang pertama adalah melalui kawasan Kampung Pahang dan ketika awal sebegini tiada kenderaan yang banyak membolehkan saya memecut sekitar purata kelajuan 90-110 km.
Selalunya, saya setiap kali mengunakan jalan ini akan meletakan sasaran masa untuk sampai ke Ringlet sekitar kurang sejam mengikut keadaan laluan dan jumlah kenderaan. Untuk memastikan saya dalam lingkungan masa tersebut saya menetapkan sasaran dari satu tempat ke tempat yang lain.
Contohnya saya menetapkan masa perjalanan ke Kedai Runcit Kumar dalam tempoh 10 minit. Dan dengan kelajuan yang diatas saya berjaya sampai dalam tempoh 8 minit pagi tadi.
Sebelum sampai ke Kedai Runcit Kumar, anda boleh melihat Kampung Kuala Woh yang sebenarnya mempunyai daya tarikan.
Apa dia ? Klik sini untuk catatan saya terdahulu.
Apa dia ? Klik sini untuk catatan saya terdahulu.
Selepas anda melalui persimpangan ke Kg Kuala Woh ini, laluan berliku bermula namun masih di peringkat awal. Ketika di sini kelajuan saya berkurangan sekitar 60-80 km/jam.
Sasaran masa saya yang kedua adalah Lata Iskandar yang juga pernah saya kongsikan kisahkan.
Klik sini untuk catatan awal saya mengenainya. Saya selalunya menetapkan sekitar 25 minit dari Pondok Tol untuk sampai ke sini dan pagi tadi saya sampai selepas 23 minit.
Jarak di sini ke Tanah Rata adalah 24 km seperti tertera di papan tanda sebelum sampai ke lata ini.
Di Lata Iskandar, anda boleh berhenti seketika dan menikmati pemandangan di air terjun ini atau lebih ekstreem mandi manda di sini.
Namun yang selalunya membantutkan kami berhenti adalah kerana tiada tempat meletak kereta yang selamat dan selalunya perlu jauh di tepi jalan sebelum berjalan ke sini. Jadi, tepuk dada tanya selera.
Mungkin berbaloi untuk mencuba singgah di sini biarpun sekadar mengambil gambar kenangan.
Sasaran masa ketiga adalah empangan di batu 17 yang saya tetapkan sekitar 3 minit sebelum lagi 4 minit untuk sampai ke Empangan Sultan Yusoff dan sekitar 5 minit lagi sampai pula ke Jambatan panjang.
Jambatan Panjang ini dikatakan menandakan separuh perjalanan anda dari pondok Tol ke Tanah Rata.
Biasanya selepas Lata Iskandar, laluan selekohnya bertambah tajam dan sempit dan saya sekadar bergerak dalam kelajuan purata 50-70 km sejam sahaja.
Seterusnya terdapat sasaran perkampungan asli yang saya tetapkan dalam tempoh 8 minit.
Di 3 km terakhir pendakian, anda perlu berhati-hati kerana terdapat 3 buah selekoh yang berkeadaan merbahaya kerana ada lintasan air dan tanah ketika hujan serta permukaan jalan agak tidak rata.
Bagaimana nak tahu 3 km terakhir? Jika anda lihat Petanda jarak mengatakan Tanah Rata 16 km, anda tolak sahaja 13 km untuk jarak ke Ringlet.
Saya selamat sampai di Pekan Ringlet pada pukul 6.10 minit pagi dan berjaya mengekalkan sasaran masa dibawah satu jam.
Saya sampai di Tanah Rata pada 6.25 pagi dengan selamat. Alhamdulillah.
Namun sasaran pemanduan saya ini terpakai hanya ketika saya memandu berseorangan sahaja. Kalau dengan keluarga biasanya kami akan lebih perlahan dan santai.
Namun sasaran pemanduan saya ini terpakai hanya ketika saya memandu berseorangan sahaja. Kalau dengan keluarga biasanya kami akan lebih perlahan dan santai.
Secara keseluruhan, laluan ini selamat. Masih selesa biarpun terdapat beberapa lokasi terutama selepas Lata Iskandar yang sedang giat dibaik pulih kerana tanah runtuh atau mendap.
Malah pihak JKR telah menaik taraf longkang di sisi jalan bagi mengelakan air melintasi laluan ini ketika hujan dan ada jajaran yang dibina tembok ruble wall untuk mengukuhkan tebing bukit.
Bagi anda yang tidak biasa dengan laluan ini, saya mencadangkan anda lebih santai memandu. Tidak terburu-buru dan sentiasa berhati-hati. Hayati kembara asli yang boleh anda temui di sepanjang laluan ini,catatanya anda klik sini.
Cabaran pemanduan di sini selain laluan selekohnya adalah ketika berselisih dengan lori sayur yang besar dan panjang. Selalunya mereka sedikit laju menuruni bukit ini untuk menghantar sayur ke pasar utama.
Lori ini biasanya akan menggunakan laluan bertentangan atau istilah 'makan jalan" setiap kali di selekoh tajam. Apa yang boleh anda lakukan perlahan dan kalau perlu berikan laluan. Anda ibarat kancil dan mereka adalah gajah.
Juga cabaran yang lain adalah penumpang yang akan mabuk dan muntah. Jika berhenti, pilih tempat yang sesuai dan jangan di selekoh tajam dan terselindung. Juga pastikan kanak-kanak tidak keluar dan berada di tepi jalan kerana laluan yang sempit menambah risiko untuk dilanggar.
Selainya kalau memandu di dalam hujan perhatikan jarak kenderaan anda dan juga kemungkinan tanah runtuh di hadapan. Jangan bergerak laju.
Juga kalau ingin mengisi minyak, stesen minyak terdekat selepas Tapah atau R&R Tapah adalah di Ringlet sekitar 64 km jaraknya dan ditutup seawal 10.30 malam. Bersedia lebih awal.
Juga kalau ingin mengisi minyak, stesen minyak terdekat selepas Tapah atau R&R Tapah adalah di Ringlet sekitar 64 km jaraknya dan ditutup seawal 10.30 malam. Bersedia lebih awal.
Selamat mencuba laluan ini. Saya sukakannya...
1 comment:
TAHNIAH UNTUK SEMUA KEJAYAAN
mohon laluan
UMRAH PERSENDIRIAN
Saya telah mewujudkan whatsapp group atas nama 'Umrah Persendirian' kerana dewasa ini penggunaan whatsapp lebih di sukai masa kini. Group whatsapp pertama sudahpun penuh. Satu group telegram juga di wujudkan atas nama sama tetapi kurang disukai kerana tidak mesra pengguna.
Tujuan group di buat antaranya mengumpul mana2 jemaah yang telah menunaikan umrah cara persendirian atau cara tanpa agen dan apa2 nama yg membawa erti umrah persendirian serta bakal bakal jemaah umrah yang memilih cara umrah persendirian.
Group yang sudah mempunyai keahlian melebihi 50 org telah aktif dan ada beberapa ahlinya yang sudah melakukan umrah cara persendirian ini. Perjumpaan pertama antara ahli yang berada di Lembah Klang dan yang dapat hadir akan di buat dalam masa terdekat.
Keahliannya terbuka kepada semua oyrang Islam berumur 18 tahun dan ke atas tanpa syarat lain.
Sekiranya saudara/saudari berugama Islam membaca tulisan ini, saudara-saudari berhajat menyertai whatsapp itu boleh berbuat dgn menghubungi email umrahsenang@gmail.com untuk mendapatkan no whatsapp atau apa-apa maklumat berkaitan.
Akhir sekali, marilah kita sama-sama berjimat dalam melakukan ibadah umrah cara persendirian dengan kadar 30% ke 50 % dari kadar mengikut pakej TA.
Sekian, terima kasih.
Post a Comment