Peringkat Tanah Rata ke Ringlet merupakan jarak yang saya kira mudah dan amat selesa kepada semua riders.
gambar cilok dari FB Hamdan Mat Daut ... pinjam ya bang |
Pertama kerana laluanya sememangnya menuruni bukit sebelum mendaki semula selepas simpang masuk ke SMK Ringlet.
Kalau diikut paras laut, Tanah Rata berada sekitar 1486 hingga 1,490 meter dari paras laut manakala Ringlet sekadar 1,087 hingga 1,100 meter.
Saya percaya ada rider yang mempunyai gajet GPS yang lebih tepat dan jitu dalam mengukur ketinggian ini.
Jaraknya pula sekitar 13 km dari Tanah Rata ke Ringlet melalui laluan utama ini.
Ketika di laluan ini, anda akan menemui Ladang Teh Bahagian Shalimar milik Bharat Tea Plantation yang sentiasa menjadi tumpuan dengan dua hentian teh yang disediakan.
Kelebihannya adalah berada di tepi jalan utama yang memudahkan pelancong singgah dan menikmati pemandangan yang amat indah ini.
Kelebihannya adalah berada di tepi jalan utama yang memudahkan pelancong singgah dan menikmati pemandangan yang amat indah ini.
Namun bukan satu ladang teh yang anda akan temui kerana di bahagian Habu terdapat laluan masuk ke Ladang Teh Boh dan juga Bharat Tea yang dahulunya Ng Tong Kiat.
Sebelum itu di batu 33, terdapat laluan masuk ke Ladang Tea Shum Yip Leong dan Soon Lee yang dahulu membawa jenama Golden Moutain Tea namun kini telah tinggal nama kerana bertukar tangan untuk tanaman sayuran sahaja.
Di laluan ini anda telah melalui kawasan Tasik Empangan Sultan Abu Bakar yang dibina pada 1960 yang merupakan stesen hidro yang tertua di Malaysia.
Stesen Hidro ini unik kerana membekalkan kuasa hidro kepada tiga empangan di bawah melalui terowong air iaitu Empangan JOR, Batu 17 (kalau tak silap saya) dan Kuala Woh menggunakan air yang sama dilepaskan.
Juga untuk anda yang mungkin mengenali Lim Goh Tong, pemilik Genting Highlands, idea membuka pusat peranginan di Genting adalah melalui pengalaman mendiang di Cameron Highlands ketika mengambil kerja kontrak membina empangan ini pada tahun 1958.
Namun baru-baru ini, terdapat bencana yang menimpa Pekan Lembah Bertam, 4 hari sebelum acara TT ini berlangsung kerana perlepasan air di Empangan ini.
Berbalik kepada kisah TT yang lalu, saya berada di padang TNB Habu seawal 7.30 pagi dan ketika ini terdapat sekumpulan Riders yang sudah bersedia menanti di sini untuk menyertai kumpulan rider yang berlepas dari atas.
Saya mengajukan soalan kenapa menanti di sini sahaja dan jawapannya supaya senang untuk balik sebab pengalaman mereka dalam TT yang lalu, mereka lambat sampai ke Tanah Rata selepas tamat kerana terlalu ramai.
Cuma saya mengatakan mereka akan terlepas 'downhill" sejauh 10 km yang menyeronokkan.
Taklimat ringkas untuk para Marshal diberikan oleh Ketua Marshall, Ustaz Hayazi.
Para marshall sebenarnya dikumpulkan di kalangan sukarelawan malah ada sebenarnya para marshall yang menjadi rider tetapi untuk program kali ini mereka terpaksa mengenepikan peluang untuk mengikuti acara ini demi memberikan perkhidmatan kepada para rider yang datang dari seluruh pelosok negara ke sini.
Pastiya kerana tarikan TT di Cameron Highlands berlatarkan tanah tinggi yang berbeza dari laluan di bawah sana.
Agak teruja bilamana kami dimaklumkan jumlah peserta melepasi 1,900 riders tidak termasuk "Ghost Rider" yang tidak sempat mendaftar.
Tidak kira berdaftar atau tidak kami diarahkan memberi perkhidmatan kepada semua riders.
Kami diberikan lokasi untuk menunggu terutamanya persimpangan dan juga lokasi panas.
Cuma saya diberikan kebebasan untuk ke mana-mana lokasi di atas kapasiti mengambil gambar . Saya suka, suka dan sangat suka...
Taklimat ringkas untuk para Marshal diberikan oleh Ketua Marshall, Ustaz Hayazi.
Para marshall sebenarnya dikumpulkan di kalangan sukarelawan malah ada sebenarnya para marshall yang menjadi rider tetapi untuk program kali ini mereka terpaksa mengenepikan peluang untuk mengikuti acara ini demi memberikan perkhidmatan kepada para rider yang datang dari seluruh pelosok negara ke sini.
Pastiya kerana tarikan TT di Cameron Highlands berlatarkan tanah tinggi yang berbeza dari laluan di bawah sana.
pelumba pertama yang sampai di Ringlet |
Tidak kira berdaftar atau tidak kami diarahkan memberi perkhidmatan kepada semua riders.
Kami diberikan lokasi untuk menunggu terutamanya persimpangan dan juga lokasi panas.
Cuma saya diberikan kebebasan untuk ke mana-mana lokasi di atas kapasiti mengambil gambar . Saya suka, suka dan sangat suka...
Saya menanti kumpulan pertama di Ringlet kerana perlu mengisi minyak. Ternyata jangkaan awal peserta akan sampai di sini selepas 40 minit perlepasan agak kurang tepat kerana difahamkan dalam tempoh 15-20 sahaja mereka sudah hampir melepasi Jambatan Sungai Khazanah.
Tambahan lagi dengan bantuan pasukan trafik yang mengawal lalulintas. Ibarat kepada pertandingan Le Tour De Langkawi , semua kenderaan diarahkan berhenti dan berada di bahu jalan demi memberikan laluan kepada pelaton yang besar ini.
Bayangkan juga, kalau LTDL hanya melibatkan 150 pelumba tetapi untuk TT ini jumlah melebihi 13 kali ganda !!!!
Bayangkan juga, kalau LTDL hanya melibatkan 150 pelumba tetapi untuk TT ini jumlah melebihi 13 kali ganda !!!!
Memang laju para rider. Saya melihat pelbagai jenis basikal dan pakaian para rider.
Ternyata mereka dah bertaraf profesional kerana koleksi peralatan yang bagi saya cukup menarik dan kelihatan seperti seorang pro.
Juga kelibat pelumba wanita dan remaja yang turut terselit dalam pelaton yang ramai ini.
Memang bersemangat mereka ini. Tiada langsung riak penat dan letih ketika di peringkat ini.
Memang bersemangat mereka ini. Tiada langsung riak penat dan letih ketika di peringkat ini.
Saya mengambil beberapa gambar seperti yang saya kongsikan di atas dan koleksi yang yang lain di link yang berikutnya...
No comments:
Post a Comment