TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, November 4, 2013

Thompson Trail 2013; Lembah Bertam ke Pos Mensoon

Jarak peringkat seterusnya lebih kurang 20 km dari Lembah Bertam ke Pos Mensoon 
 
Dan selepas melalui persimpangan Ringlet, para Rider akan menuruni lalun ke Lembah Bertam yang berada sekitar 1,050 meter dari paras laut sehinggalah ke Pos Mensoon sekitar 895 meter dari paras laut.
 
Bagi rider yang mengikuti kisah bencana banjir kilat akibat perlepasan air di Empangan Sultan Abu Bakar, mereka pasti akan menyedari telah melalui kawasan bencana.
 
Anda boleh membaca kisah bencana ini yang telah saya kongsikan dalam catatan terdahulu.
 
Bagi mereka yang tidak mengikuti kisah tersebut, mungkin agak pelik kerana kenapa deretan kereta yang rosak teruk diletakan di sepanjang laluan ini dan mungkin bertambah pelik kerana sebaik sahaja melalu pekan ini, mereka disambut bukan sahaja penduduk pekan ini tetapi juga pasukan beruniform seperti JPAM, Rela, Polis, Bomba dan Tentera. 
 
 
Semuanya hadir kerana menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang akibat banjir kilat tersebut dan pada hari TT , operasi hari ketiga masih diteruskan.
 
Di laluan ini ketika melalui Pekan Lembah Bertam, pemandangan kawasan bencana tidak jelas kerana berada di kedudukan belakang pekan tetapi sebaik sahaja melewati pekan ini, pasti para riders pasti telah perasan struktur kebun yang rosak teruk. 
 
Malah saya memerhatikan ada para rider yang berhenti untuk mengambil gambar pemandangan tersebut. 
 
Sepanjang laluan ini terdapat dua kemalangan yang saya lihat iatu sebaik menuruni jambatan di Ringlet akibat terjatuh dan juga menghampiri persimpangan ke Lemoi akibat kejang seluruh badan. 
 
 
Bantuan perubatan sewajarnya diberikan oleh pasukan perubatan yang bertugas. 
 
Laluan seterusnya adalah melalui kawasan kebun sayur di sepanjang laluan Jalan Lembah Bertam ke Pos Betau ini.
 
Pemandangan kebun sayur terbuka dan rumah plastik memberikan sisi yang berbeza untuk dilihat di mana-mana kawasan tunggangan yang lain di Malaysia.
 
 
Bagi para riders yang pertama kali melalui laluan ini, sebenarnya ianya merupakan laluan baharu yang dibuka pada penghujung 2011.
 
Laluan sejauh 85 km ini menghubungkan Pekan Ringlet- Lembah Bertam - Pos Betau dan disambungkan ke Felda Sungai Koyan dengan menuruni bukit ke arah Pos Betau. 
 
taiko dari Koyan

Laluan ini merupakan laluan pertama yang menghubungkan Daerah Cameron Highlands dengan daerah di negeri Pahang, iaitu Kuala Lipis.
Jika sebelum ini laluan yang dilalui adalaha melalui laman negeri orang seperti Tapah dan Simpang Pulai , Perak dan Lojing bagi Kelantan. 
 
Saya pernah berkongsikan kisah laluan ini dalam catatan saya terdahulu. Klik sini.
 
Laluan ini juga menarik untuk dilalui secara berbasikal kerana melalui perkampungan Orang Asli yang berada di sepanjang laluan ini. 
 
Jika dahulu, laluan untuk ke kawasan penempatan orang asli agak terasing dan susah kerana perlu melalui Kg Kuala Boh dan Kg Pangan melalui Ladang Teh Boh atau melalui Jalan Lemoi dari Lembah Bertam atau melalui Pos Terisu untuk ke Pos Telanok.
 
Kini perkampungan orang asli mudah dikunjungi dengan kenderaan biasa.
 
Saya akan berkongsikan dengan anda kampung-kampung orang asli yang terdapat di sepanjang laluan TT yang telah anda lalui samada anda sedari ataupun tidak sedari.
 
Sehingga peringkat ini, 33 km yang dilalui dengan begitu mudah... tetapi tidak selepas ini....
 
 
 
Koleksi gambar untuk peringkat ini boleh dilihat di sini

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock