Dalam mana-mana gambar di media saya melihat pandangan ke arah SJKC Lembah Bertam yang jelas bersebelahan dengan kawasan bencana menjadi pilihan untuk dipaparkan.
Logiknya amat mudah kerana halamnya menampakan kesan bencana secara jelas.
Saya juga tidak terlepas mengunjungi sekolah ini di awal pagi hari bencana untuk melihat sendiri kesan kemusnahannya.
Ternyata, paras air yang masih terkesan di dinding sekolah ini sekitar 3 hingga 4 kaki memusnahkan bahagian bawah keseluruhan sekolah ini.
Tidak cukup dengan itu, terdapat kereta hanyut yang masuk ke halaman sekolah dan terdampar bersama lumpur yang tebal.
Malah, kereta guru di sekolah ini juga turut musnah kerana ditengelami dan dihanyutkan oleh air.
Mujurlah, tiada murid yang berada di situ ketika kejadian kerana berlaku di awal pagi hari. Bayangkan jika masih terdapat murid jika bencana ini berlaku diwaktu persekolahan.
Di sinilah juga bayi yang berusia 9 hari bersama ibu dan bapanya berlindung di tingkat dua.
Jom saya kongsikan gambar-gambar yang saya rakamkan di sekolah ini di laman fb mrkumai....
Selebihnya di SINI.
No comments:
Post a Comment