Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

Buat Carian Pantas seperti tempat makan, tips bercuti, strawberry dan sebagainya di sini:

Thursday, August 11, 2016

Empangan Susu @ Cameron Highlands

Sejak dua tiga bulan yang dulu, Empangan Susu di Cameron Highlands mulai dipenuhi air setelah hampir 4 tahun tempoh pembinaan‎.

Saya pernah berkongsikan catatan mengenai projek pembinaan ini dalam beberapa siri catatan.


Saya percaya, kewujudannya akan mampu menambah satu lagi tarikan kepada sektor perlancongan dan juga rekreasi kelak jika dimanfaatkan oleh pihak yang berwajib. 

Empangan Susu ini adalah sebahagian komponen dalam Projek Hidroelektrik Ulu Jelai yang terletak di Jalan Ringlet ke Pos Betau - Sungai Koyan - Raub.


Namanya diambil kerana terdapat sebuah perkampungan orang Asli iaitu Kampung Susu yang kini tenggelam di dasar empangan ini.

Seramai 84 buah keluarga dari Kampung Susu, Teji dan Tiat terlibat dan dipindahkan untuk pembinaan empangan ini.


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...