Saya bersembang sembang dengan rakan-rakan di sini suasana semasa Cuti Hari Merdeka baru-baru ini.
Antaranya :
- Jalan sangat sesak dari hari Jumaat sehingga hari Isnin dengan jarak yang tidak pernah berlaku.
- Jalan nak naik Cameron dari Tapah juga sesak dan mulai bergerak perlahan seawal Kampung Pahang dan Batu 7!!!
- Jalan sesak menuju ke Tanah Rata dan salah seorang rakan mengatakan bergerak sangat pelahan di Habu Height ke Tanah Rata .. 13 km jauhnya tu kalau sepanjang jalan bergerak perlahan.
- Jalan sesak memasuki Tanah Rata bermula dari Bharat Tea pada hari Sabtu dan Ahad.
- Jalan sesak ke ke Brinchang dan Kea bagi kedua-dua arah. Ada pelancong yang saya sempat sembang mengatakan dia terperangkap di dalam kesesakan bila keluar makan di Brinchang dan hanya sampai semula ke Apartment di Tanah Rata pada pukul 10.30 malam setelah keluar pukul 6 petang.
- Seorang kawan saya mengatakan kawannya yang datang ke sini akhirnya meminjam motorsikalnya pada hari kedua bagi mengelakan kesesakan.
- Seorang rakan saya menunggu pelanggan yang menempah apartment percutiannya dari pukul 12 tengahari dan mereka hanya tiba di Tanah Rata pada pukul 7 malam walaupun hanya dari Kea Farm ke Tanah Rata.
- Apartment percutian naik harga dengan lingkungan sekitar RM 300 ke atas untuk semalam.
- Kedai makan di Tanah Rata ada yang perlu beratur untuk duduk !!!
- Starbuck dibuka sehingga pukul 2.30 pagi kerana terlalu ramai pelanggan.
Yang lain nanti saya kemaskinikan.. bila jumpa kawan-kawan yang lain ...
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment