Pasar Malam Cameron Highlands memang antara tarikan pelancong di sini. Namun apabila PKP dikuatkuasakan, pasar malam ini tidak dibuka dan ditutup sepenuhnya.
Masa PKPP dilaksanakan, pasar malam ini beroperasi sekitar 3 bulan dengan jumlah gerai dikurangkan atau hanya melibatkan jualan makanan dan minuman bagi memberi ruang yang lebih selesa dan penjarakkan sosial dapat dilaksanakan.
Buat seketika pasar malam ini kembali bernafas dengan kunjungan pelancong tempatan ke Cameron Highlands yang boleh merentas daerah dan negeri. Pelacong masih mengunjungi pasar malam ini biarpun terpaksa beratur panjang menunggu giliran untuk memasuki pasar malam ini.
Namun apabila PKP dilaksanakan semula sebelum bulan March 2021, ianya terus ditutup sepenuhnya. Saya sempat mengunjungi pasar malam ini dua kali selang beberapa malam terakhir sebelum ianya ditutup semula.
Yang terkesan teruk adalah pengusaha gerai pasar malam yang terlibat. Mereka hilang punca pendapatan dan peluang mencari rezeki kerana turut melibatkan penutupan pasar malam harian di lokasi pekan-pekan kecil yang lain.
Begitu juga peniaga kedai makan, steamboat dan juga runcit yang dibuka di kedai di Barrington dan Sommeset Square yang berdepan dengan pasar malam ini. Tiada lagi pelanggan yang ramai di waktu hujung minggu dan juga waktu musim cuti sekolah dan umum.
Ada yang telah menutup kedai terutama kedai makan steamboat.
Yang terkesan juga adalah pengusaha homestay dan juga apartment percutian di kawasan ini.
Saya bersimpati dengan nasib mereka.
Saya masih sekali sekala ke Golden Hills ini untuk ke Pasar Mini Speedmart 99 yang juga dibuka berhadapan dengan kawasan pasar malam ini. Dan setiap kali saya melalui kawasan ini ianya saat sunyi dan jika saya bercerita kepada orang yang tidak tahu kewujudan pasar malam di sini bagaimana ia sangat meriah, sesak, sibuk dan penuh dengan pelancong sebelum ini, pasti mereka tidak akan percaya cerita saya ini.
No comments:
Post a Comment