Industri perlancongan di Cameron Highlands memang terjejas teruk di waktu COVID-19 ini tambahan lagi dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan yang membataskan rentas negeri dan daerah.
Jika dilihat kepada pengusaha hotel memang mereka antara yang terkesan sepenuhnya. Banyak pengusaha hotel yang tidak beroperasi sepanjang tempoh ini bagi mengurangkan kos operasi yang tidak diperlukan. Pekerja dan kakitangan mereka direhatkan samada tanpa gaji atau separuh imbuhan.
Tidak kurang juga yang mengurangkan jumlah kakitangan walaupun hampir kita tidak mendengar sendiri keluhan mereka yang terlibat. Beban yang ditanggung tak terkata.
Bagi hotel-hotel kecil atau bajet masih ada yang membuka operasi dengan harapan sektor atau syarikat yang dibenarkan bekerja atas permit MITI masih datang di Cameron Highlands. Manakala hotel-hotel besar pula masih beroperasi dan ada yang tidak.
Ada beberapa hotel pula dapat menarik nafas lega kerana dipilih sebagai Pusat Kuarantin seperti Hotel Copthorne dan juga Hotel Hotel Cool Point.
Apapun semua pihak terkesan dengan COVID-19 ini.
No comments:
Post a Comment