TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, July 13, 2021

Sejarah kes COVID-19 tertinggi, 11,079

Hari ini tercipta satu sejarah kepada Negara Malaysia. Cuma ini bukan sejarah yang nak kita dengar, lihat, hajati atau impikan. Malah ia juga bukan satu sejarah yang nak dibanggakan atau akan dikenang sepanjang masa.

Sejarah tersebut ialah Jumlah Kes harian COVID-19 TERTINGGI . 11,079 kes positif dilaporkan pada hari. Angka yang melebihi jumlah 10,000 ribu yang dijangkakan.

Namaun ini bukan agak pelik atau berlaku secara tiba-tiba kerana bermula dari 7 Julai 2021, jumlah kes positif harian mencecah 7,000 kes sebelum ke 8,000 dan 9,000 secara berturut-turut. Tiada tanda-tanda kes akan berkurangan. 





Pecahan kes mengikut negeri boleh dilihat dari perincian mengikut negeri dibawah denhan Selangor melebihi angka 5,263 kes positif yang juga rekod kes tertinggi bagi negeri tersebut diikuti Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang melebihi 1000 kes.

Manakala Perlis bagaikan terlindung dari virus ini dengan mencatatkan kosong kes.



No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock