Suasana Hari keempat PKP di Cameron Highlands.
Cameron Highlands semasa PKP COVID 19 kosong macam ni sepanjang masa ke?
Tak la. Waktu Pagi dan tengahari masih ada yang keluar mencari barang keperluan dan mereka yang bekerja bagi sektor yang dibenarkan seperti saya.
Cameron Highlands adalah pengeluar sayur-sayuran utama di Malaysia dan sebagai sektor yang terlibat dalam rantaian pembekalan bahan makanan, anda akan melihat masih banyak aktiviti pertanian seperti petani di kebun-kebun, landrover membawa hasil tuaian sayur dan lori-lori sayur yang turun naik membawa hasil pertanian. Surat akuan dan kebenaran PDRM diperlukan untuk bergerak walaupun bukan wajib dipamerkan setakat ini.
Jadi jangan risau kalau anda memerlukan sayur-sayuran segar Cameron Highlands. Insyallah akan ada di pasaran.
Industri pertanian di Cameron Highlands menjana aliran 3 billion setahun kalau tak salah saya semasa dibentangkan kepada TPM dahulu.
Yang bagusnya di Cameron Highlands, selepas waktu tengahari, suasana kembali sunyi seperti gambar ini. kadang-kadang dan jarang-jarang akan kelihatan kereta di atas jalan raya dan jika ada mungkin yang baru nak balik dari kerja macam saya.
No comments:
Post a Comment