TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, March 29, 2020

COVID 19- PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) DI BATU 21-24 SUNGAI LUI, HULU LANGAT, SELANGOR

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) DI BATU 21-24 SUNGAI LUI, HULU LANGAT, SELANGOR


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 71 kes positif jangkitan COVID-19 daripada 274 penghuni Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah di Batu 23 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. 

Mengambil kira jumlah kes yang tinggi di sekolah tersebut, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Enhanced Movement Control Order), arahan kedua selepas Simpang Renggam, di kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan 3,918 orang penduduk merangkumi 700 rumah. Ini termasuk tujuh (7) kampung iaitu dua (2) perkampungan Orang Asli dan lima (5) perkampungan Melayu. Perintah ini akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini, 30 Mac 2020 hingga 13 April 2020.

Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut. Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

Dengan pelaksanaan perintah ini:
 Semua penduduk dan pelawat yang telah berada di kawasan tersebut tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

 Bukan penduduk dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

 Semua aktiviti perniagaan dihentikan.

 Makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

 Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD.

Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

 Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.

Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan 
boleh menghubungi talian khas 03-89254809 / 03-89114200

DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB
29 Mac 202

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock