TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, March 28, 2020

COVID 19- Kes Pertama di Cameron Highlands

Cameron Highlands telah dikeluarkan dari lokasi hijau yang tidak mempunyai kes jangkitan positif COVID 19. 

Ini memang menyedihkan dan pada masa yang sama membimbangkan kerana sudah ada kes positif di sini. 

Pesakit yang malang itu adalah seorang bayi berusia 3 tahun 26 hari yang disyaki dijangkiti daripada ayahnya yang pulang dari Sabah. Saya kongsikan sedikit info dari WhatsAPP kami .



Maklumat mendedahkan pada 25 MAC 2020, jam 1850, bertempat di IPD CAMERON HIGHLANDS, telah terkesan seorang kanak-kanak lelaki berumur 3 tahun telah positif Covid-19 dan merupakan kes positif pertama di Daerah CAMERON HIGHLANDS.

Butir-Butir Subjek

(a) Nama: MOHD ***  bin MOHD ****
(b) Kpt: 170227-06-0***
(c) Umur: 3 Tahun 26 hari
(d) Alamat: Kg Loon Pos Telanok, Ringlet CAMERON HIGHLANDS.

Ulasan.

Subjek adalah anak kepada lelaki keturunan SABAH yang berkahwin dengan wanita orang Asli yang tinggal di Perkampungan Orang Asli Pos Telanok, Ringlet CAMERON HIGHLANDS.

Subjek kini berada di Wad ICU kanak-kanak (PICU) Hospital Raja Permaisuri BAINUN, IPOH PERAK. Subjek dipindahkan pada hari semalam 24 MAC 2020, jam lebih kurang 1300 ke Hospital Raja Permaisuri BAINUN, IPOH PERAK dan disahkan oleh doktor pakar hospital tersebut bahawa subjek positif Covid-19.

Kini pihak Hospital Daerah CAMERON HIGHLANDS serta Pejabat Kesihatan dalam pemantauan untuk dikuarantin semua kakitangan yang terlibat contak dengan subjek termasuk doktor yang merawat subjek untuk dikuarantin. 

Sementara itu, siasatan awal dapati bapa subjek yang berketurunan SABAH dan ada pernah balik ke SABAH. Risikan dan pemantauan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti kontak subjek di Perkampungan Orang Asli Sungai Loon, Pos Telanok, CAMERON HIGHLANDS.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock