Bunga tidak dapat dipisahkan dari Cameron Highlands.
Saiz bunga di sini memang agak besar dan segar kerana persekitarannya sangat sesuai bagi bunga dari jenis temperate atau beriklim sederhana.
Saiz bunga di sini memang agak besar dan segar kerana persekitarannya sangat sesuai bagi bunga dari jenis temperate atau beriklim sederhana.
Saya tidak berniat untuk berkongsikan lebih terperinci berkaiatan bunga beriklim sederhana ini kerana saya tahu tumpuan pelancong ke Cameron Highlands bukalah untuk mengetahui industri bunga di sini tetapi lebih sebagai penggemar dan pembeli bunga semasa bercuti.
Cuma kalau nak membeli bunga di sini saya tidak syorkan namun tidaklah menghalang sepenuhnya.
Ini kerana jika anda membeli bunga yang nampak segar dan besar di sini, ianya adalah jenis temperte dan sesuai dengan iklim sederhana di sini.
Namun masih ada bunga-bunga yang sesuai dibeli seperti ros, berdaun dan pokok bunga yang tidaklah terlalu besar bunganya.
Pastikan anda tanam di bawah lindungan cahaya matahari dan kerap memberikan air.
Hasilnya nanti mungkin tidaklah secantik di Cameron Highlands tetapi setiap kali anda memandangnya kerinduan kepada Cameron Highland terubat seketika.
Antara lokasi popular nurseri jualan bunga di sini adalah Lavendar Garden, Stesen Mardi Tanah Rata, Big Red Strawberry, Arked Peladang Brinchang, Cactus Point Brinchang , Frange Nursery Kea Farm Cactus Valley Brinchang, Rose Centre Kea Farm, Kea Garden, Pasar Kea Farm Gerai Jualan di Tringkap, nurseri bunga di Lembah Bertam yang boleh anda singgah jika melalui Jalan Koyan Ringlet dan banyak lagi lokasi jualan. Pasar Malam Cameron Highlands dan juga Pasar Tani Agro Brinchang juga ada menjualnya.
Saya ada banyak kali membuat catatan mengenai bunga di Cameron Highlands, jadi apa kata anda baca catatan awal saya mengenai bunga-bunga di Cameron Highlands.
Jadi anda boleh Klik SINI untuk ke koleksi Bunga-Bunga di Cameron Highlands.
Jika anda mencari penginapan, pertimbangkan ZAHRA HOMESTAY.
Lokasinya dekat dengan nurseri bunga-bungaan yang anda cari kelak.
Klik ZAHRA HOMESTAY untuk perincian lebih perkhidmatan yang ditawarkan.
No comments:
Post a Comment